Tauhu Bergedil Perak by NIssaIrna

by - April 15, 2018



Assalamualaikum 

Awal March haritu balik kampung kat Jalan Ipoh KL. Teman Opah AdamAinnur pergi beli barang di Pasaraya Segi Batu Caves dan time tu cakap dengan Opah AdamAinnur yang Ummi teringin nak makan Tauhu Bergedil yang tengah famous sekarang ni. Opah AdamAinnur beli barang2 dan balik rumah terus buat. Memang sedap okay nak2 bila cicah dengan cili kicap .

Lepas tu Opah AdamAinnur cakap nanti balik Perak boleh lah try jual since kat sana pun rasanya takde orang jual lagi.

Sampai je Perak, Ummi pun duk berkira2 modal semua and tunggu masa sesuai nak start jual. Kebetulan Ummi memang dah lama join dua group WhatsApp delivery makan kawasan Batu Gajah tu. Senang nak makanan sampai ke rumah terus hehe

Ummi start iklankan dan jual dengan harga RM 6.50 sebanyak 6 biji Tauhu Bergedil dan cili kicap. Ummi juga iklankan di page di Facebook Tauhu Bergedil Perak dan Instagram @tauhubergedilperak.

Alhamdulillah sekarang ni customer Ummi datang dari pelusuk Perak hehe, Tapi takde lah yang jauh2. Paling jauh pun dari Kuala Kangsar dia datang pick up di Batu Gajah. Sanggup adik tu hehe. 

Mana2 yang nak Ummi hantar Tauhu Beregdil diorang terus ke rumah Ummi akan charge delivery. Dan Ummi sangat2 respect mana2 customer yang sanggup bayar kos delivery tu. Sebab bagi Ummi diorang faham konsep delivery ni. Ye lah, kos delivery tu tak masuk dalam kos pembikinan makanan tu. Kadang2 ada seller yang upah orang untuk hantar jualan mereka. 

Ummi akan tengok location tempat yang nak dihantar dan charge RM 0.50/km dari Batu Gajah. Contoh macam delivery ke Medan Gopeng RM 10.00. haa camtu lah. Mana-mana yang rasa mahal delivery tu mereka akan datang pick up di Batu Gajah. 

Next time Ummi update post gambar2 Tauhu Bergedil Perak :)
Sementara tu jom lah like and follow FB and Instagram Tauhu Bergedil Perak ya 

You May Also Like

0 comments