Short Vacay Grand Lexis Port Dickson

by - November 14, 2017




Awal bulan November haritu kitorang 1 family plan ke PD. Plan ni dah lama dah. MakNgah AdamAinnur dah beli voucher murah sebulan awal. Dan plan ni Opah AdamAinnur tak tahu pun.
Sebenarnya Opah AdamAinnur yang nak sangat2 ke Grand Lexis ni. Rasanya ada dekat 10 kali dia tag kat kitorang kat FB kalau ada apa2 pasal Grand Lexis ni

So kitorang memang tak bagitahu pun Opah AdamAinnur pasal plan tu. Kitorang suruh dia masak je hehe.

Pagi tu bertolak dari KL dalam jam 10 pagi. Pergi Nilai dulu amik Walid AdamAinnur baru bergerak ke PD. Dari Nilai nak ke PD tu dekat 40 minit jugak. Pergi sana dengan 2 buah kereta. Makngah AdamAinnur bertolak dari tempat kerja dia dan amik MakTam AdamAinnur kat Seri Kembangan. Jadinya kitorang pergi ke PD asing2.

Masa kat Nilai sempat la singgah tepi jalan makan durian 2 biji. Sekilo durian RM15. 2 biji durian tu RM40. Mahalnya la hai. Bayangkan 2 biji durian makan kongsi 4 orang haha
Sampai kat PD dalam pukul 1 tengahari macam tu kot. Barang2 memang banyak gila. Semua angkat guna bugey hotel.

Sampai2 masuk hotel, masing2 lapar. Opah AdamAinnur masak nasi putih lauk ayam goreng, ikan keli goreng, tempe goreng, ayam masak merah. Memang puas hati dapat makan masakan air tangan ibu dan jimat hehe

Next entry kita cerita apa aktivit kat sana ya

You May Also Like

0 comments