TREND PANDORA..Tepuk Pocket,Tanya Wallet

by - February 04, 2014

Assalamualaikum.


Ummi tengah tak boleh tidur. Maybe sebab dah tidur petang tadi. 
So mari mengisi waktu dengan clearkan gambar dalam handphone tu. Dah banyak sangat snap so tiba masa nak abadikan dalam blog ni. 
wah~~ ayat tak leh nak skema lagi ke?

Sekarang ni tengah in trend Pandora kan. Kalau kat Instagram memang bersepah la duk jual gelang ni. cari je kat hashtag Pandora, berjuta kot yang dah ada gelang ni. Antara original dengan fake je.

google

Pandora ni best sebab kita yang sendiri create. Create maksudnya kita yang tentukan design apa yang kita nak bergantung pada charm yang kita pilih. Setiap charm ada maksudnya tersendiri. Contoh macam kat bawah ni.

google

1st kena beli la bracelet dia then baru la beli charm2 dia. Yang jenis memang collect original Pandora rasanya memang addict kot nak tambah2 charm setiap bulan. And pada yang just beli da fake one macam ahhkak ni ha~~ korang beli je la satu set terus. 

google

Yang original satu charm je anggaran RM 150- RM 300. uishhh botak kepala macam ni. Bracelet saje dah RM 350 tak silap. So kalau beli Original Pandora pun paling cikai harga RM 1500 la. Itu pun kalau charm korang dalam 3-4 bijik camtu. 

So nak dipendekkan cerita, (dari tadi duk bercerita, baru ni nak pendek??) Ummi start minat Pandora ni bila tengok Mastura dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu la. Tapi memang tak la kan nak beli yang original. Pada pendapat Ummi baik Ummi beli gelang emas. Memang tak minat pakai emas tapi boleh je nak simpan. Yang penting nilai emas tu.

Ummi beli Fake Pandora kat seller Instagram ni. Ada la dalam 4 charm Ummi beli sekali dengan safety lock and bracelet dia. Ala satu charm baru RM 5.00. Bracelet pulak baru RM 6.00 hehehe ~~ Masa Makngah Adam datang sini, Ummi ajak pergi Gerbang Malam Ipoh nak cari bracelet sebab yang Ummi beli agak kecik. Bracelet tu Ummi bagi kat Maksu je. 


yang ni Ummi dengan Maksu punya.


yang ni pulak Ummi and Makngah 


So tanya pocket uollss la ye. Antara korang nak beli Original Pandora atau the fake one. Pada yang mampoooo nak beli Original Pandora ni jangan la uollss pandang macam tak puas hati pulak kat iolss yang beli Inspired punya ni je ye~~ Sendiri punya wallet so sendiri punya pilihan kan.

And pada yang nak beli Inspired Pandora ni boleh tengok kat seller ni ~~ Glam By Syra

ni antara yang seller ni jual kat Instagram beliau. Klik gambar kalau nak terus ke Instagram beliau. Ni promosi tak berbayar ye..saje nak share je. Untuk rujukan diri sendiri jugak hehe~~



* pasni tak kira, nak cari jugak leather bracelet tu.


You May Also Like

10 comments