28 November 2017

Sistem Kasta Pembelajaran Malaysia

Adam tahun depan naik darjah 2
Alhamdulillah, keputusan dan kedudukan dalam darjah okay sangat.
Kelas pun dah tukar. Satu benda yang Adam takut sangat haha.
Sebab dia selalu tanya, Adam tukar kelas ke? Adam nak kelas dengan Adam Waie kawan baik Adam

Cikgu bagi list untuk beli buku
dekat hujunggggg sekali ada list buku untuk kelas permulihan
dan kos buku2 dia RM 20
Kelas Adam buku harga RM 50 lebih

Maybe modul pembelajarann lain yang tak melibatkan buku2 latihan

Anak2 kita, jangan lah harapkan cikgu sekolah je dalam pendidikan diorang.

Adam
Walaupun tadika dari umur 5 tahun masuk darjah satu 7 tahun tapi still tak pandai membaca dan menulis.
Setiap sekolah akan buat ujian penilaian untuk darjah 1 bagi pembahagian kelas.
Bagi aku, tak payah kita tak push sangat anak kita. Kita dulu masa sekolah pun mak ayah tak cakap apa-apa pun kita masuk kelas mana. Plus, dulu mana ada ujian penilaian untuk pembahagian kelas ni.
Sekarang siap ada kelas special. Kelas DLP . Kelas yang matapelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

So Adam ditempatkan di kelas hujung sekali. Kelas 1 Darul Khusus.
Masa hari pertama sekolah, saje la kita pusing2 sekolah tu dan time ni nampak sangat2 ketara ya perbezaan kelas2 ni

Kelas DLP ni pelajar2 dia elok duduk di tempat masing2. Kalau main pun main di meja sendiri ataupun main dengan kawan meja sebelah.
Beza dengan kelas aliran biasa dan kelas permulihan. Pelajar2 dia main berlari dan memang tak duduk di meja sendiri.
Dia orang punya personaliti kat situ pun dah nampak beza.
Suasana kelas pun berbeza yang mana kelas DLP ni sangat2 cantik dekorasi yang cikgu2 dia buat.
Banyak nota2 pelajaran yang ditampal di dinding2 kelas.
Beza dengan kelas2 lain yang dinding2 kelas kertas nota pun tah dari tahun bila punya.
Aku rasa nak je aku yang datang deco kelas anak aku tu.

Jujurnya, aku rasa down okay bila anak sendiri masuk kelas permulihan ni masa tahun 1 .
Budak2 dia takde rasa apa sebab dia tahu datang sekolah jumpa cikgu jumpa kawan belajar
So aku sedaya upaya cari inisiatif untuk Adam boleh membaca dan menulis dengan cepat sebab tak nak dia ketinggalan.
Alhamdulillah berjaya. Siap jadi Ketua Kelas lagi doa kat sekolah.

Untuk tahun depan Adam masuk kelas aliran biasa.
Next entry kita share tips macam mana nak lancarkan pembacaan dan penulisan anak2 yang agak lambat dalam dua benda penting ni.