10 May 2017

#terataknissafadzly Part 1

Okay !!
Finally Alhamdulillah 
dapat dah kunci rumah pertama kami. Ni rumah yang ke tiga la. Tapi ni 1st rumah sendiri. Rumah 1st sewa di Ampang Selangor dan kedua rumah sewa sekarang di Batu Gajah Perak. Rumah yang beli ni pun di Batu Gajah Perak.
So agak2 memang mengharungi hari2 tua kami di Batu Gajah la ye..

Like seriously la I excited gila kot nak duduk rumah sendiri ni. Rasa seronok gila bila dapat kunci kat pemaju tu. Balik je dari ambil kunci tu I terus ke rumah tu. Lagipun rumah tu selang 1 lorong je dari rumah sewa sekarang. And rasa excited tu terus lenyap dibawa angin lalu HAHAHA #sadis

Rupanya memang beli rumah tu semata2 rumah la ya. I mati2 la ingat dah ada siap kipas setiap bilik. Atleast kipas la. Ni lampu pun takde. I pun meluahkan la perasaan call mak kat kampung, call adik beradik semua. Last2 I yang kena gelak. #sadislagi. Sebabnya diorang dah memang tahu la. i sorang je bodoh2 alang ingat semua benda dah complete and tinggal angkat barang je. Haiyoooo ~~

So dari nak kemas2 barang kat rumah sewa tu terus lah terbantut segala2nya. Sebab ofcozz la kan nak kena tunggu husband pasang kipas lampu segala. Keliar lah lagi modal nak buat semua tu. Why la ha tak buat je 1 rumah complete dengan semua tu. Nak bayar mahal pun iols tak kisah haha..

So ni dah masuk dua minggu dari tarikh dapat kunci. Husband pun dah siap pasang 1 kipas and lampu2 dalam setiap bilik. Tunggu modal lain pulak nak beli kipas dinding untuk bilik AdamAinnur. 

Lampu yang Walid pasang tu lampu LED. Memang sangat terang okay lampu ni and Walid cakap lampu ni jimat elektrik dan murah. 1 dalam RM 13 tak silap. Walid cakap lampu ni memang murahtapi dia jadi mahal sebab upah pasang. 1 lampu je boleh charge upah sampai RM 70. Gila betul lah. Nasib En.Suami boleh buat semua tu so boleh la save kat situ kan.

So far setakat ni Walid dah pasang kipas and lampu. Nanti i update apa lagi yang dia da buat ya 

No comments: