15 April 2017

Sejauh Mana Berubah ?


Post ni dah banyak kat Facebook kan. Mulanya macam malas pulak nak godek2 gambar cari dari tahun 2010 tu. Tapi tadi nampak MakNgah AdamAinnur pun da post so i pun rajinkan la diri menggodek.

Hasil pemilihan dari pihak juri, inilah gambar yang iols pilih hehe. 

2010 : Adam umur 2 tahun . Loaksi kat Taman Ampang Hilir. Memang port dengan Walid AdamAinnur tiap2 petang jogging kat sini. Kurusnya pipi kita ~~~

2014 : Time ni dah pindah kerja menetap di Batu Gajah Perak. Ainnur ada tu ha dalam perut. Lokasi kat Plan B Ipoh. Jalan2 dengan Walid AdamAinnur. Ainnur dalam perut tu rasanya dalam 7 bulan. Bayangkan 7 bulan pun dah macam tu besarnya haha.

2017 : Yeay Ummi dengan AdamAinnur. Lokasi kat The Garage KL time celebrate birthday AdamAinnur. 

Okay lepas ni nak cari gambar sorang2 and gambar dengan Walid AdamAinnur.
Tapi iols macam susah sikit nak selfie sorang2. Ada la bukan takde langsung tapi jarang haha. Lebih suka selfie dengan anak2 suami adik beradik parents ehhhh dengan semua orang la.

HAHA

Tapi kan apa yang i perasan lah. I suka muka lepas dah beranak dua ni. Lain kan dari tengah muda and beranak satu tu kikiki #perasan

you guys semua jom lah godek2 gambar2 lama tu. Nanti post kat blog, komenkat bawah ni ya..nak tengok jugak..hehe #bukanbusybody #nakberkawan  

No comments: