27 April 2017

CORETAN HATI DARI SEKEPING KERTAS NUKILAN ANAK SYURGA


Janganlah menerima apa saja hujah media selagi ianya masih dalam siasatan.
Tapi hati ni cukup tersentuh dengan coretan anak syurga ini. Rasa sebak sangat.

Alhamdulillah. Termakbul permintaannya untuk berpindah tempat.
Tempat yang KEKAL ABADI
Kamu kini bergembira bersama ahli syurga yang lain yang tiada lagi sakit dan duka

AL-FATIHAH 
MOHAMAD THAQIF AMIN MOHD GADDAFI

Walid Adam pernah suarakan hasrat nak masukkan Adam ke Maahad Tahfiz atau ke mana2 sekolah pondok.
Ummi pada mulanya memang membantah. tapi hati ibu mana yang tak seronok jika anak2 nya belajar ilmu akhirat. 
Walid Adam pilih untuk hantar ke Kelantan. Ummi cakap hantar lah ke mana pun tap janganlah cerita sekarang. Tunggu lah dia umur 12 tahun dan baru lah cerita pada Ummi ke mana nak dihantar si Adam tu. 
Sebab Ummi memang tak boleh jauh dari anak. Nak2 dengan umurnya yang masih 7 tahun dan masih manja walaupun dah ada si Ainnur. 

Adik ipar suami dulu memang belajar di sekolah pondok Kelantan. Dan dia memang beritahu pelajar2 akan dirotan jika tidak dapat menghafaz apa-apa ayat yang diminta para Ustaz. Tapi hasilnya, pelajar2 ni boleh hafaz 30 juzuk AL-QURAN dan sambung belajar Mesir. Tapi hati Ummi ni masih belum dapat terima dan hadam dengan cara mendidik macam tu. 


No comments: