27 April 2017

CORETAN HATI DARI SEKEPING KERTAS NUKILAN ANAK SYURGA


Janganlah menerima apa saja hujah media selagi ianya masih dalam siasatan.
Tapi hati ni cukup tersentuh dengan coretan anak syurga ini. Rasa sebak sangat.

Alhamdulillah. Termakbul permintaannya untuk berpindah tempat.
Tempat yang KEKAL ABADI
Kamu kini bergembira bersama ahli syurga yang lain yang tiada lagi sakit dan duka

AL-FATIHAH 
MOHAMAD THAQIF AMIN MOHD GADDAFI

Walid Adam pernah suarakan hasrat nak masukkan Adam ke Maahad Tahfiz atau ke mana2 sekolah pondok.
Ummi pada mulanya memang membantah. tapi hati ibu mana yang tak seronok jika anak2 nya belajar ilmu akhirat. 
Walid Adam pilih untuk hantar ke Kelantan. Ummi cakap hantar lah ke mana pun tap janganlah cerita sekarang. Tunggu lah dia umur 12 tahun dan baru lah cerita pada Ummi ke mana nak dihantar si Adam tu. 
Sebab Ummi memang tak boleh jauh dari anak. Nak2 dengan umurnya yang masih 7 tahun dan masih manja walaupun dah ada si Ainnur. 

Adik ipar suami dulu memang belajar di sekolah pondok Kelantan. Dan dia memang beritahu pelajar2 akan dirotan jika tidak dapat menghafaz apa-apa ayat yang diminta para Ustaz. Tapi hasilnya, pelajar2 ni boleh hafaz 30 juzuk AL-QURAN dan sambung belajar Mesir. Tapi hati Ummi ni masih belum dapat terima dan hadam dengan cara mendidik macam tu. 


15 April 2017

Sejauh Mana Berubah ?


Post ni dah banyak kat Facebook kan. Mulanya macam malas pulak nak godek2 gambar cari dari tahun 2010 tu. Tapi tadi nampak MakNgah AdamAinnur pun da post so i pun rajinkan la diri menggodek.

Hasil pemilihan dari pihak juri, inilah gambar yang iols pilih hehe. 

2010 : Adam umur 2 tahun . Loaksi kat Taman Ampang Hilir. Memang port dengan Walid AdamAinnur tiap2 petang jogging kat sini. Kurusnya pipi kita ~~~

2014 : Time ni dah pindah kerja menetap di Batu Gajah Perak. Ainnur ada tu ha dalam perut. Lokasi kat Plan B Ipoh. Jalan2 dengan Walid AdamAinnur. Ainnur dalam perut tu rasanya dalam 7 bulan. Bayangkan 7 bulan pun dah macam tu besarnya haha.

2017 : Yeay Ummi dengan AdamAinnur. Lokasi kat The Garage KL time celebrate birthday AdamAinnur. 

Okay lepas ni nak cari gambar sorang2 and gambar dengan Walid AdamAinnur.
Tapi iols macam susah sikit nak selfie sorang2. Ada la bukan takde langsung tapi jarang haha. Lebih suka selfie dengan anak2 suami adik beradik parents ehhhh dengan semua orang la.

HAHA

Tapi kan apa yang i perasan lah. I suka muka lepas dah beranak dua ni. Lain kan dari tengah muda and beranak satu tu kikiki #perasan

you guys semua jom lah godek2 gambar2 lama tu. Nanti post kat blog, komenkat bawah ni ya..nak tengok jugak..hehe #bukanbusybody #nakberkawan  

05 April 2017

#nissalayanmovie : The Boss Baby

Ahad aritu Walid ajak pergi AEON untuk setelkan segala bil2. Memang kalau Walid nak buat segala transaksi duit dia akan ke AEON tu sebab tak ramai orang berbanding dengan Pekan Batu Gajah ni. Macam Ummi, iols lebih prefer online banking. Segalanya di hujung jari kita. Gitew ~~~

So Ummi ajak Walid bawa AdamAinnur tengok wayang. Siap deal awal2 dalam kereta Ummi belanja tiket and Walid belanja segala popcorn, air, and keropok.

Habis je Walid setelkan segala2 bil2 kat ATM tu kitorang naik pergi beli tiket. Ummi ajak tengok cerita The Boss Baby. Dah baca awal2 review movie ni kat SINI .

Macam biasa Ummi la tukang pergi beratur beli tiket. Tak ramai orang pun. Maybe sebab tengah trend movie Beauty & The Beast so movie tu pun tengah start. Takde la ramai nak beratur. Masa nak beli tiket tu, staff kaunter offer TGV Movie Club.

Memang berbaloi la ambil membership ni sebab asalnya untuk 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak2 totalnya RM 52. Tapi once kita sign up untuk kad ni kita akan dapat 2 tiket free + 1 popcorn + air . Kena tambah RM 18 untuk tiket kanak2 je. So total semua RM48. Nampak tak? Dengan segala benefit tu  rasa jimat pulak kan.

Cuma I kurang pasti pasal Birthday Freebies. Adakah the whole month kita boleh dapat 2 tiket tu macam okay pergi hari2 then setiap hari dapat 2 tiket. Camtu ke? Sebab i memang tanya banyak kali kot pasal ni kat staff tu and dia angguk2. Like seriously lah ??

Okay berbalik kepada movie tadi, cerita tu memang kelakar. Untuk orang dewasa macam kita memang akan tergelak lah dengan dialog2 dalam movie tu. Untuk budak2 pulak diorang akan gelak bila ada scene2 yang kelakar. Walid kat sebelah pun tegelak2 tengok cerita ni dari mula sampai habis.

Keluar ahad tu takde singgah makan mana-mana pun sebab dah kenyang makan popcorn haha. Lagipun sebelum keluar dah makan siap2 kat rumah. Opah AdamAinnur masak Telur Itik Masak Lemak ya ampunn sedap. Telur itik tu tokey kolam itik bagi kat ummi. Ummi pun bagi kat Opah AdamAinnur hehe. Terima Kasih Mak Mertua Ku .. hehe

NOTA KAKI : GAMBAR UPDATE KENDIAN YA :)