26 March 2017

Review Jujur : Mary Kay Timewise

Hai.

Bulan lepas i start google, tengok youtube, instagram pasal product Mary Kay ni. Sebelum ni pakai Safi Rania Gold.
I beli set Timewise dari seorang Beauty Consultant Mary Kay area Manjung sebab duk cari2 kat Batu Gajah ni takde pulak

So selepas di explain kan oleh BC tu namanya Aina, i pun beli cleanser and moisturizer harga RM 230.
So i plan macam okay next month beli toner and bulan lagi satu beli serum dia pulak. Sampai lah cukup the whole set. And berkenan jugak dengan cleanser brush dia tapi harga mak aihhh RM200. Zaman PakNajib ni nak berbelanja pun kena pikir 10282736 kali. So lain kali lah beli
27 February aritu dapat 2 barang yang di order. Dapat sekali free sample day cream, night cream and mask gel. Thank you Aina

Okay. Ni review jujur ya.

Cleanser MK ni kurang buih which is sangat bagus. I pernah guna Cetaphil and dia pun kurang buih jugak.
Tapi bila dah kurang buih ni dia rasa tak puas cuci muka tau. So i pun duk cari2 cleanser brush MK tu yang kot2 la ada nak jual murah.
Jumpa kat application Carousell banyak yang murah tapi preloved la. Preloved pun xpe i rasa sebab dia bagi 1 brush head baru plus warranty ada lagi so kita kena keep in touch dengan seller dia je.
Cleanser brush tu isnin ni baru seller tu pos so next entry la i update pasal brush tu.
Okay berbalik pada cleanser and moisturizer tu. Set Timewise yang i beli tu untuk kulit berminyak. And sampai la 22 March aritu i tak rasa beza pun kat muka. Haha
Boleh kira macam i pakai the whole set la kan sebab BC Aina tu bagi free sample tu. So i konsisten la dua minggu pakai set tu sekali day & night cream sekali mask gel dia. Tapi dia rasa macam biasa je. Bangun pagi still muka berminyak. 
Sebenarnya bagus je muka berminyak. Kang kering sangat pulak tak elok jugak. Tapi muka i sangat sangat sangat sangat berminyak. BC Aina ni dia akan update kita sekurang2 dua minggu sekali tanya condition kulit kita, Tapi i keep update kat dia " biasa je Aina..Takde apa2 pun " haha..
Kiranya okay la..tak de jugak kesan2 negatif kat kulit ni since i pun tak pernah pakai local product kat muka ni. 

I ada tanya member yang pakai MK ni. Dia pun cakap muka tak de la beza apa-apa pun cuma tak de iritasi yang negatif. And dia ada tanya BC dia and diorang cakap sekurang2 9 bulan jangan guna produk lain and akan nampak hasil. Like what ???

So..23hb haritu gaji kan. Guardian pulak buat sale. I beli toner Simple and scrub Garnier. Rasa sayang pulak duit nak beli dari Mary Kay haha.
Sekarang ni i pakai campur2 brand la. Setakat 4 hari ni muka i rasa okay je sebab i rasa okay je kot campur brand janji bukan product2 yang dari krim kilo tu.
Next entry i cerita pasal conversation i dengam BC Mary Kay ni yang sangat2 annoying gila. Eh bukan BC Aina tu. Dia bagus

So buat masa ni, ini lah produk2 yang i pakai kat muka ni. kita tengok nanti lepas 3 bulan macam mana condition muka iols ni haha