26 March 2017

Review Jujur : Mary Kay Timewise

Hai.

Bulan lepas i start google, tengok youtube, instagram pasal product Mary Kay ni. Sebelum ni pakai Safi Rania Gold.
I beli set Timewise dari seorang Beauty Consultant Mary Kay area Manjung sebab duk cari2 kat Batu Gajah ni takde pulak

So selepas di explain kan oleh BC tu namanya Aina, i pun beli cleanser and moisturizer harga RM 230.
So i plan macam okay next month beli toner and bulan lagi satu beli serum dia pulak. Sampai lah cukup the whole set. And berkenan jugak dengan cleanser brush dia tapi harga mak aihhh RM200. Zaman PakNajib ni nak berbelanja pun kena pikir 10282736 kali. So lain kali lah beli
27 February aritu dapat 2 barang yang di order. Dapat sekali free sample day cream, night cream and mask gel. Thank you Aina

Okay. Ni review jujur ya.

Cleanser MK ni kurang buih which is sangat bagus. I pernah guna Cetaphil and dia pun kurang buih jugak.
Tapi bila dah kurang buih ni dia rasa tak puas cuci muka tau. So i pun duk cari2 cleanser brush MK tu yang kot2 la ada nak jual murah.
Jumpa kat application Carousell banyak yang murah tapi preloved la. Preloved pun xpe i rasa sebab dia bagi 1 brush head baru plus warranty ada lagi so kita kena keep in touch dengan seller dia je.
Cleanser brush tu isnin ni baru seller tu pos so next entry la i update pasal brush tu.
Okay berbalik pada cleanser and moisturizer tu. Set Timewise yang i beli tu untuk kulit berminyak. And sampai la 22 March aritu i tak rasa beza pun kat muka. Haha
Boleh kira macam i pakai the whole set la kan sebab BC Aina tu bagi free sample tu. So i konsisten la dua minggu pakai set tu sekali day & night cream sekali mask gel dia. Tapi dia rasa macam biasa je. Bangun pagi still muka berminyak. 
Sebenarnya bagus je muka berminyak. Kang kering sangat pulak tak elok jugak. Tapi muka i sangat sangat sangat sangat berminyak. BC Aina ni dia akan update kita sekurang2 dua minggu sekali tanya condition kulit kita, Tapi i keep update kat dia " biasa je Aina..Takde apa2 pun " haha..
Kiranya okay la..tak de jugak kesan2 negatif kat kulit ni since i pun tak pernah pakai local product kat muka ni. 

I ada tanya member yang pakai MK ni. Dia pun cakap muka tak de la beza apa-apa pun cuma tak de iritasi yang negatif. And dia ada tanya BC dia and diorang cakap sekurang2 9 bulan jangan guna produk lain and akan nampak hasil. Like what ???

So..23hb haritu gaji kan. Guardian pulak buat sale. I beli toner Simple and scrub Garnier. Rasa sayang pulak duit nak beli dari Mary Kay haha.
Sekarang ni i pakai campur2 brand la. Setakat 4 hari ni muka i rasa okay je sebab i rasa okay je kot campur brand janji bukan product2 yang dari krim kilo tu.
Next entry i cerita pasal conversation i dengam BC Mary Kay ni yang sangat2 annoying gila. Eh bukan BC Aina tu. Dia bagus

So buat masa ni, ini lah produk2 yang i pakai kat muka ni. kita tengok nanti lepas 3 bulan macam mana condition muka iols ni haha

13 March 2017

Sejuk Perut Mengandung


Assalamualaikum.
Ada la sikit conversation Ummi dengan Cikgu Kelas Adam berkenaan dengan perihal parents2 yang duk complaints pasal hal2 anak di sekolah. 

Yang i rasa macam eh dah kenapa nak kena tulis macam tu. Like mana buku sekolah anak saya..kenapa botol air letak di meja belakang kelas..

Hadoyyy ingat cikgu kelas ada masa ke nak amik tau mana buku sekolah botol air segala. Seriously lah i memang tak boleh hadam ada parents yang macam ni. Tak segan meh ???

So i ada la interrupted sikit pasal hal barang buku anak2 hilang ni. 1st week memang akan jumpa tah siapa punya pensel buku tulis dalam bag Adam. And alat tulis Adam memang tak payah cakap lah. 1 hari 1 pensel 1 pemadam 1 pembaris kotttt
Bukak kilang stationery pun bankrupt Ummi ni nak oii

I cakap kat Adam (actually marah) mana barang Adam? Kenapa ada barang orang lain dalam pensel case Adam ? Jangan ambil barang orang lain sebab mama dorang akan marah pukul diorang kalau barang diorang hilang macam Adam kena sekarang ni 

Dan untuk 1 barang Adam akan kena 1 pukulan padu kat tangan oleh Ummi 
Masuk minggu kedua and seterusnya Alhamdulillah memang tak de dah barang orang lain. Cuma barang Adam je hilang.

So Cikgu Kelas Adam Pn. Latifah personally WhatsApp i and cakap thanks sebab bagi tops macam tu and dia pun pening melayan kerenah parents. Actually Pn. Latifah ingat adanya group WhatsApp ni menyenangkan sebab dia boleh bagi info pasal hal2 sekolah. Last2 kelain jadinya. Sempat lah dalam conversation WhatsApp tu cikgu puji Adam. Sejuk pulak perut Ummi dengar bila cikgu puji Adam macam tu hehe




12 March 2017

Cuti Sekolah 2017

Okay..dah boleh lah plan start apply cuti yang tah tak tahu dapat approve ke tak .
Tension mak.
Sebelum2 ni memang tak apply pun cuti time cuti sekolah sebab kasi can la kat kawan2 yang anak sekolah kan
Time tu la nak bawak anak berjalan . Nak hantar anak balik kampung jumpa opah atuk
Tapi start 2017 ni Ummi pun dah jadi salah seorang perebut cuti haha
Dah la 3 bulan sekali boleh cuti
Lepas tu nak apply cuti pulak 7 hari je
Bertabahlah ya Ummi