24 August 2016

Tisu Masuk Washing Machine ?

Hah
Pernah kan?
Tipu tak oernah rasa geram macam ni
Bila nak sidai kain je, bawak keluar kain dari washing machine then hah !!! Kain semua diselubungi salji2 putih ni
Ni kerja si Ainnur la nih

Mintak tolong Walid AdamAinnur masukkan kain dalam washing machine 
Agaknya Walid terus masuk je semua kain
Tak selak sehelai2
Orang perak panggil  kigho ( kerai )
Maknanya selak satu2 kain. Masukkan satu2 kain

Ummi memang alert bab ni
Sebab ?
Hurmm memang akan jumpa tisu, kertas, kereta, pensel kadang2 bekas tipuware pun ada dalam longgokan kain kotor tu
Tak payah la tanya sape punya kerja
.__.'

Da lah seluar i ini je lah yang ada termasuk lagi 2 helai tu
So ajak Mr Husband pergi Mr.DIY beli roller ni
1 roll tu habis lah untuk satu seluar ni
Dalam setengah jam jugak nak setelkan sehelai seluar ni
Baju2 yang lain i tutup mata je lah
Tak larat nak merolling haha

Harga dalam RM 6.80 je
Boleh lah nak amik habuk2 kat carpet, sofa
I saje roll kan kat carpet 
Nampak je dah bersih
Tapi bila roll, hah amik!
Berselirat rambut2 kat situ

So
Mummy2 di luar sana pernah ada pengalaman tisu masuk dalam washing machine ? 

No comments: