22 April 2016

PERIHAL SEKOLAH ADAM

Hai .

Sekolah tadika kat kawasan kawasan luar bandar agak susah jugak nak cari. Macam kat kawasan taman perumahan ni, lorong ni teacher dia Indian and majoriti students Indian. Lorong lagi satu pulak teacher Chinese and students dia majoriti chinese.

OPS ! i bukan nak racist ye.. hehe as a parent kita mesti nak didikan yang sempurna kan. Ofcoz kat rumah kita dah bagi didkan awal macam ajar 123 ABC. Tambah2 lagi bila parents yang bekerja ni, mesti nak anak2 ada didikan di peringkat sekolah yang seimbang akademik, sosila, sahsiah diri. So kita prefer Islamic Education :)

Alhamdulillah, i jumpa sekolah Adam ni thru Mr.Google
haha ummi semuanya nak google

Ummi dah masukkan Adam sekolah tu since last year Adam umur 5 tahun
Ingatkan tahun ni nak masukkan Adam ke Pra Sekolah tapi macam kesian la pulak sebab dia dah biasa dengan teachers kat tadika ni.

Permulaannya Ummi ambil pakej taika je. Dari jam 8 pagi sampai 12 tengahari. Tapi start tahun ni ummi masukkan Adam ke pakej educare sekali dari jam 8 pagi sampai 6 petang. tapi jam 5 petang tu dah boleh amibil dah.

Dulu pernah cakap kat Walid, masukkan Adam ke pakej educare tapi macam kesian la pulak sebab sehari suntuk dia kat sekolah. Sekarang dah masukkan ke pakej educare ni rupanya sangat lah bagus.

Sebab start jam 12 tu dia mandi, makan and tidur. Bangun untuk solat Zuhur, mengaji and tuisyen and solat Asar. Adam cerita hari2 dia kena jadi imam solat. Maybe sebab badan dia besar kot. haha

Then star jam 5 tu if parents tak ambil lagi, students akan tengok CD kartun and main palyground dalam tadika tu. Seronok kannnnnn

Mula2 Adam tak suka sebab dia kena balik lambat. Tapi tak suka dia tu ada la dalam seminggu je. Sekarang hari2 nak pergi sekolah. mengaji pun dah lancar sekarang. Alhamdulillah ~~


The Cheetah Boys


No comments: