13 December 2016

Bekal Suami Harini

Menu atas permintaan Walid AdamAinnur semalam

Nasi Goreng Ikan Masin Tenggiri dan Ayam Goreng Kunyit

Dah selalu Walid bawa bekal ke tempat kerja
Ummi pun dah terbiasa pulak siapkan bekal untuk Walid
Cuma ummi je tak bawak bekal
Maybe sebab kerja shift dan tak kisah sangat pasal makan ni

Haritu balik KL seminggu, seminggu lah risau apa Walid tu bawak bekal

Nanti Ummi update lagi ek menu2 bekal yang Walid bawa

Nota kaki: nampak tak ummi yang excited bab bekal2 ni siap belikan bekas sudu dengan chopstick tu.

24 August 2016

Tisu Masuk Washing Machine ?

Hah
Pernah kan?
Tipu tak oernah rasa geram macam ni
Bila nak sidai kain je, bawak keluar kain dari washing machine then hah !!! Kain semua diselubungi salji2 putih ni
Ni kerja si Ainnur la nih

Mintak tolong Walid AdamAinnur masukkan kain dalam washing machine 
Agaknya Walid terus masuk je semua kain
Tak selak sehelai2
Orang perak panggil  kigho ( kerai )
Maknanya selak satu2 kain. Masukkan satu2 kain

Ummi memang alert bab ni
Sebab ?
Hurmm memang akan jumpa tisu, kertas, kereta, pensel kadang2 bekas tipuware pun ada dalam longgokan kain kotor tu
Tak payah la tanya sape punya kerja
.__.'

Da lah seluar i ini je lah yang ada termasuk lagi 2 helai tu
So ajak Mr Husband pergi Mr.DIY beli roller ni
1 roll tu habis lah untuk satu seluar ni
Dalam setengah jam jugak nak setelkan sehelai seluar ni
Baju2 yang lain i tutup mata je lah
Tak larat nak merolling haha

Harga dalam RM 6.80 je
Boleh lah nak amik habuk2 kat carpet, sofa
I saje roll kan kat carpet 
Nampak je dah bersih
Tapi bila roll, hah amik!
Berselirat rambut2 kat situ

So
Mummy2 di luar sana pernah ada pengalaman tisu masuk dalam washing machine ? 

11 August 2016

Washer Dryer, Welcome To My Wishlist

Haaaa cantik tak ?
Tadi dekat timeline FB ada satu shared pasal perkakasan rumah yang tengah trending

1st of course si Iron Philips 
2nd Periuk Noxxa

Memang dua list atas ni la jadi idaman kalbu buat ibu2 kannn..
Jangan tipu! Instinct keibuan i kuat okayy

And meh kita tambah lagi satu barang yang so far i blogwalking tadi memang berbaloi lah

WASHER DRYER !!!

Ni i browsed guna handphone
Nanti i bukak laptop i link kan blog2 yang review pasal washer dryer ni ye

I bukak website Senheng tadi.. kalau next year nak ambil macam okay je. This year i dah rembat peti ais. Installment dalam RM 140 sebulan selama 1 tahun. Pejam celik pejam celik dah habis bayar dah pun. Nasib baik pejam lepas tu celik. Kalau tak celik ? °__°'

Next year kalau dah selesa sikit ekonomi boleh lah ambil washer dryer ni pulak
So far i baca review, dari segi harga dan penggunaan, jenama Samsung paling okay.

09 August 2016

Groceries List #teratakwalidummi

Hai

Kat Batu Gajah ni kalau nak beli barang dapur elok lah ke TF Value Mart
Barang2 Inshaa Allah murah dari tempat lain
Kat sini ada Tesco tapi jauh sikit di Seri Iskandar, Station 18
Kedai runcit lain ada Wah Seah, Kedai Sekupang and kedai2 lain yang agak murah jugak kalau malas nak parking kat TF tu.

So ni i da listed kan barang2 untuk bulan ni
Senang list kan ikut position barang2 yang ada kat kedai tu
Senang nak tick mana barang2 yang dah dibeli
Setakat ni lah..memang akan beli apa yang dh di listed kan dan takde bendasing lain haha
Nampak tak disiplin kat situ
Kalau ada pun ada lah satu dua kudap2 si AdamAinnur
Lepas beli memang terus balik 

Baru lah namanya MEMBELI BELAH

Eh. Baru teringat
Lupa tulis beras °__°'

07 August 2016

#nissaOOTD

Hai

Handbag - Carlo Rino . I bought masa raya tahun 2014
Top - Puteri . I bought at Aeon untuk jamuan raya tempat kerja
Shawl - Calaqisya
Pants - Giordano
Picture filter - VSCO

Time ni i ke toilet while my family still dalam The Parenthood Sunway Putra Mall
Best gila okay kat sana
Nanti i update pasal tempat tu

05 August 2016

Dari Ipoh Menunggu Roti Canai P.Ramlee

Hai Assalamualaikum 

Kenapa roti canai P.Ramlee ?
Sebab muka pakcik ni iras2 P.Ramlee

Pakcik P.Ramlee ni dah berniaga roti canai dari i kecik tadika kot.
Sekarang dah 30 tahun
So agak2 berapa tahun dah dia bergelumang dengan roti canai beliau ?
Tapi sekarang anak2 perempuan dia je duk tebar roti tu
Hebat okay bila i tengok yang tebar tu perempuan.

So dari Flat Seri Terengganu Sentul sampai la Opah AdamAinnur pindah ke Flat PPR Batu Muda Jalan Ipoh, pakcik P.Ramlee ni still berniaga and rasa, texture, warna semua still sama

Makyang AdamAinnur kerja di Australia 
Yes kerja yang orang duk viral kerja kena tipu ls ape lah 
Come on la guys..uols yang nak masuk cara senang, amik agent tak tentu hala pastu pergi viral pergi sana mostly asyik kena tipu.
Kalau still bujang, i rasa tak salah merantau tempat orang cari pengalaman 

Eh dah lari topic !
So Makyang AdamAinnur sangatlah craving kan roti canai banjir P.Ramlee ni
I sent gambar ni kat dia and dia nangis haha 
Bertabahlah Makyang
Tahun depan balik makan la seguni roti canai pun

Ni pun cuti seminggu hari2 intai kat tingkap tengok pakcik P.Ramlee berniaga ke tak.

Dalam minggu ni sehari je dia berniaga  

Why la pakcik...i datang dari Opoh kot nak makan roti canai....

Kasut Adik Beradik Mesti Lagi Sedap

Hahaha
Korang perasan tak 
Korang beli la banyak kasut ke shawl ke baju seluar ke
Tapi hak adik beradik jugak yang selesa hehe

So korang macam nak send gambar apa benda korang beli or gambar OOTD kat group whatsapp adik beradik
Then adik beradik tak nampak benda yang korang nak ketengahkan tu
Yang dinampak, kasut milik beliau yang kakak dia rembat hehe
I pun tak terkecuali jugak
I nampak shawl2 yang dorang rembat memang i sent ' dik pm shawl dik '

Well, this is siblings problem babe
Milik adik beradik paling selesa

RM 150 Masuk Tekak

Hai
🙆 

Minggu ni i cuti balik kampung
Sedihnya haha sebab baru nak merasa cuti raya
Memang betul2 hujung2 Syawal baru dapat cuti

So aritu TokAyah AdamAinnur ajak keluar makan durian katanya
Plan nak ke Dataran Merdeka tapi Paklang AdamAinnur bagitahu dia baru lepas lepak dengan kawan dia and kawan dia bagitahu petang jam 5 lagi dah abis durian2 tu
So end up kitaorang pusing2 and makan durian kat Sri Rampai je
Kitorang ambil durian gred 101 2 biji dan 1 biji d24
Untuk 3 biji ni kitorang bayar RM150 uols

Hah!
RM 150 masuk tekak ni boleh kata tak berbaloi
Ni 1st time i rasa this gred of durian 
Selalu beli durian longgok2 je
Tak sedap la durian yang mahal2 ni
I suka durian yang basah2 and kecik2 ulas dia
So....lain orang lain tekak
I preferred durian kampung yang kecik2 tu

02 August 2016

The Age Of Adaline : Awet Muda Belum Tentu Bahagia


Gitewwww tajuk dia

Hai 
Last 2 weeks i tengok this movie
Sumpah best gila and i da locked movie ni kat Astro so boleh la lepas ni if nak feeling2 romantik bukak balik cerita ni

Cerita ni pasal Adaline Browman yang hidup macam manusia biasa 
Dengan suami and sorang anak perempuan 
Then 1 hari suami dia meninggal and dia excident 
Start dari excident tu dia stop jadi tua and umur dia stop pada 29 tahun 
Imagine kau hidup dah 8 dekad tapi muka, umur, kesihatan, otak, badan still pada umur 29 tahun 

So for sure orang akan pelik 
And untuk lari dari semua kepelikkan tu Adaline selalu berpindah randah
Anak perempuan dia sorang je tahu pasal penyakit dia ni 
Dalam pada dia berpindah randah tu, ada sekali dia jatuh cinta tapi Adaline pilih untuk lari sebab takut orang lain tak boleh terima dengan kebenaran pasal diri dia
Ye lah sebab asalnya dia memang dah tua
Sampai 1 hari dia jumpa sorang mamat nama Ellis ni. Ellis bawa jumpa family and ayah kepada Ellis ni rupanya pakwe Adaline yang Adaline lari tu 
So Adaline ni dia rasa memang tak boleh nak move on jugak dengan relationship tu and nekad lari dari situasi tu 
Tapi anak perempuan dia dah sekolahkan mak dia ni and Adaline pergi lah cari balik si Ellis tu 

Last sekali, kira nak ending dah ni .....
Adaline excident lagi sekali, masuk hsopital
Ellis pun dah tahu cerita pasal diri dia and boleh terima dia
Lepas je excident tu, Adaline ni perasan yang rambut dia dah start tumbuh uban so kita tahu lah yang dia dah normal balik 

iolsss suka sangat lah pelakon watak Adaline dalam movie ni 
Suka cara dia bercakap, lenggok badan dia and dia nampak high class punya wanita dalam ni 
Kalau bagi pakai kebaya, sanggul tinggi selendang mesti macam wanita melayu terakhir 



01 August 2016

#nissacancook Shell Out


phewww #lappeluh

So......
#nissacancook dah ada menu baru dalam list 

Shell out katanyaaa

menu masa berbuka puasa haritu 
sikit punya lama baru nak upload 

ni makan untuk 9 orang tak silap 
licin and laku keras 
tapi kena improve lagi 
kuah time ni buat untuk dua hidang 
so lepas ni kena buat tiga hidang 


31 July 2016

New Header Lagi ?

Ni update guna handphone je
Tengok lah..esok lusa kot tukar gambar header tu
Saje bagi nafas baru

Sebenarnya tengah bosan nak menunggu shift kerja abis pukul 8 pagi kejap lagi

#bertabahlahnak

NEW CHAPTER IN NISSA'S LIFE

Awal bulan Julai 2016 hari 1st lapor ke tempat kerja baru di Batu Gajah Perak
Like seriously..........benda paling paling paling tak suka is kena cari kawan baru and nak biasakan diri kat tempat baru..
Sebelum ni time tukar Perak dari Selangor pun ambil masa 4 tahun kot baru jumpa geng yang betul2 satu kepala.
Ni dah masuk tempat baru ni nak ambil masa berapa lama pulak ?

So far harini dah masuk hari ke 31 la kerja kat sini .
And ...hurmmmmm of cozzz la memang boring gila.
Takde kawan nak gelak2
Takde kawan nak sembang2 merapu
No gossiping
Erghhhh what a bored life !

1 Ogos sampai 9 Ogos ambil cuti nak balik KL
So Abang Adam Ummi bagi cuti sekolah ya
Tahun ni Abang Adam boleh la nak ponteng2
Next year dah naik darjah 1

2 minggu lepas kat tempat kerja, kerjanya merewang je
Tau ke merewang?
Duk potong2 bawang cili semua tu
Macam2 lah menu kat tempat kerja tu
Boss pulak kaki makan, bagi duit suruh anak buah beli barang and masak
Okay la..lain tempat lain perangai boss nya.
Tapi kau boleh tak bayangkan merewang dengan bosannya?
Selalu nak masak2 ni best ada kecoh2 semua kan
Tapi disebabkan susah noooo aku nak biasakan diri kat tempat ni so krikk krikk krikkkkk je la

30 June 2016

#kawansampaitakdegigi Iftar di Signature KLCC

Macam biasa

Aktiviti once a year. Yes at least once a year wajib we ols meet up . Cari jugak 1 date yang we ols can hang out gelak macam orang keliling tiba desippear  semuanya.

So 28 June haritu start conversation di whatsapp group. Kat mana nak jumpa? Pukul berapa? Every yearrrrr macam ni lah..dah suntuk2 baru nak cari tempat.

Bayangkan once a year nih nak jumpa muka sekor2....end up jumpa kat foodcourt KLCC tu je ha..memang sifat zaman sekolah tak pernah hilang even we ols dah masuk 3 series. LoL

#foodcourtforever

Actually sebenarnya masing2 tak nak keluarkan pendapat sendiri. Sebab takut kena bash. So alang2 da sebut KLCC memang i terimbau kembali lah kesedapan sizzling kt foodcourt tu. So i lah kena bash sebab pilih foodcourt. Pandai korang kan. Tapi bila sampai sana, i ordered beef lasagna sebab terpengaruh dengan hakak meja sebelah haha. Tapi i curik jugak Nieda punya sizzling and menyesal sebab dia curah semua cili padi kat sizzling tu.

So lepas iftar dekat foodcourt terus cari tempat lepak minum2. Singgah Dome pulak. My 1st time minum situ and i tak sure nak order ape. Kalau Starbucks for sure Green Tea Cream. So ni i ordered Calamansi with sprite. Rasa masam2 sikit. Sedap.

Okay. So lepas ni agak2 bilalah boleh berkumpul lagi dengan makcik2 ni.

22 April 2016

PERIHAL SEKOLAH ADAM

Hai .

Sekolah tadika kat kawasan kawasan luar bandar agak susah jugak nak cari. Macam kat kawasan taman perumahan ni, lorong ni teacher dia Indian and majoriti students Indian. Lorong lagi satu pulak teacher Chinese and students dia majoriti chinese.

OPS ! i bukan nak racist ye.. hehe as a parent kita mesti nak didikan yang sempurna kan. Ofcoz kat rumah kita dah bagi didkan awal macam ajar 123 ABC. Tambah2 lagi bila parents yang bekerja ni, mesti nak anak2 ada didikan di peringkat sekolah yang seimbang akademik, sosila, sahsiah diri. So kita prefer Islamic Education :)

Alhamdulillah, i jumpa sekolah Adam ni thru Mr.Google
haha ummi semuanya nak google

Ummi dah masukkan Adam sekolah tu since last year Adam umur 5 tahun
Ingatkan tahun ni nak masukkan Adam ke Pra Sekolah tapi macam kesian la pulak sebab dia dah biasa dengan teachers kat tadika ni.

Permulaannya Ummi ambil pakej taika je. Dari jam 8 pagi sampai 12 tengahari. Tapi start tahun ni ummi masukkan Adam ke pakej educare sekali dari jam 8 pagi sampai 6 petang. tapi jam 5 petang tu dah boleh amibil dah.

Dulu pernah cakap kat Walid, masukkan Adam ke pakej educare tapi macam kesian la pulak sebab sehari suntuk dia kat sekolah. Sekarang dah masukkan ke pakej educare ni rupanya sangat lah bagus.

Sebab start jam 12 tu dia mandi, makan and tidur. Bangun untuk solat Zuhur, mengaji and tuisyen and solat Asar. Adam cerita hari2 dia kena jadi imam solat. Maybe sebab badan dia besar kot. haha

Then star jam 5 tu if parents tak ambil lagi, students akan tengok CD kartun and main palyground dalam tadika tu. Seronok kannnnnn

Mula2 Adam tak suka sebab dia kena balik lambat. Tapi tak suka dia tu ada la dalam seminggu je. Sekarang hari2 nak pergi sekolah. mengaji pun dah lancar sekarang. Alhamdulillah ~~


The Cheetah Boys