01 September 2015

Morning Walk Stories

Harini ummi ajak Adam jalan kaki ke sekolah
Sekolah Adam tak jauh pun
Tapi kalau jalan kaki tu basah jugak la ketiak. Hahahha
Jarak perjalanan pergi balik dalam 45 minit
Eh tapi Adam tu nanti balik sekolah Ummi ambil lah naik kereta hehe
Dah tentu2 balik pukul 12 matahari atas kepala.

So ummi siap pakai kasut sport
Pakai baby carrier Ainnur
Berjalanlah kami berpimpin tangan
Ohh Ummi siap bawak payung 
Payung ni banyak kegunaannya

Kot la mana tahu hujan
Lepas tu anjing yang tengok kita semacam tu,tunjuk je payung tu, gerenti anjing tu yang lari
Boleh jugak dijadikan senjata. Kot2 ada yang berniat tak baik kat kita
Hempuk je pakai payung tu sambila jerit kuat2.

Dalam perjalanan tu satu kereta Honda hitam berhenti
Pemandunya lelaki
Berkopiah hitam

Lelaki : sekolah dengan khaalishah kan (eh. Sama pulak nama dengan Adam Khaalish)
Ummi : aah.
Lelaki : jom saya hantarkan.
(Ummi tengok set sebelah dan belakang takde sape2)
Lelaki: saya baru je hantar anak kat sekolah. Akak pun boleh naik sekali.
Ummi : eh. Tak pe lah. Terima kasih
Lelaki : tak pe lah saya hantarkan. Jauh nak jalan ni. Kesian budak dengan baby tu.
Ummi : tak pe. Tak pe. Memang nak jalan kaki pun.
Lelaki : kesian baby tu.
Ummi : tak pe...terima kasih ya...

Lelaki tu berlalu sambil geleng2 kepala
Dalam hati terpikir, salah ke nak jalan kaku dengan anak?
Jalan kaki pagi2 sihat apa

Lepas tu Adam cakap
Adam : ummi nape kita tak naik je kereta dia. Kan dia nak hantar
Ummi : Kan ummi dah cakap kita tak boleh ikut orang yang kita tak kenal
Adam : kan muka dia tak garang
Ummi : muka tak garang pun tapi kita tak kenal

Haih.
Ni yang paling ditakuti
Rasanya semua parents mesti rasa yang sama
Terutama si ibu
Perlulah berkali2 ingatkan pada anak,jangan sesekali ikut orang yang kita tak kenal. Even muka tak garang sekalipun.

Dunia sekarang.
Nak berniat baik pun susah.

1 comment:

sayidah napisah said...

betul.sangat bahaya skrg ni.

done follow :)