18 September 2015

Chicken Broth

Chicken Broth ni stock ayam yang direneh 8 jam atas api perlahan 
Tanpa garam dan bahan perisa 
Buat chicken broth ni untuk difrozenkan
So nanti boleh masuk dalam bubur si Ainnur 
Sesuaj untuk baby 7 bulan ke atas
Untuk kita2 ni pun boleh amalkan makan stok ayam ni

Banyak kelebihan chicken broth ni
Antaranya
Meningkatkan antibodi dan imun badan
Untuk redakan selsema dan demam

Bahan-bahan
10 ketul Kaki ayam
2 biji tomato
2 biji bawang holand
5 ulas bawang putih
Seinci halia
Bunga lawang,kulit kayu manis,biji pelaga
Daun celery 
2 batang carrot

Reneh kan selama 8 jam
Tapi tengahari tadi ummi buat 5 jam je
Dah siap nanti,tapis kan semua bahan dan ambil sup dia je

Ada setengah orang,semua bahan tu dia buang
Sebab bukan ada apa2 nutrisi dah
Semua khasiat bahan2 dan pergi ke sup
Tapi ummi sayang nak buang, baik ratah kaki ayam depan tv hehe

No comments: