12 August 2015

Review Jujur : Breastpump Lacte Duet

Assalamualaikum 
Yeayyyy
Ummi dah ada BFF baru
LACTE DUET
Ambil masa sebulan jugak Ummi duk review segala testimonial kat google
Soo memang breastpump yang ni dirasanya antara ranking paling tertinggi
Ini my personal review :
1. Suction agak kuat kot. Jangan risau dia ada level yang kita boleh set kan and dia lembut. Macam buat marmet pun ada. Ummi pakai level 2 then 15 minit terakhir baru naikkan level 3
2. Ada stimulation mode. Kira macam urut2 gitu. Ummi suka sebab dia macam merangsang pengeluaran susu.
3. Dah di set 30 minit untuk pump. So lepas 30 minit dia akan auto off
4. Boleh pakai powerbank or mana2 power supply. Yang penting kabel dia kena ada la.
5. Boleh set kan nak pump kanan or kiri dengan tekan button. Tak payah nak set2 kan bukak getah segala. Ummi pakai spectra3 sebelum ni.
6. Sangat ringan and compact. Ummi memang suka la bab ringan ni. Sebab spectra3 tu Ya Allah !! Berat gile.
7. Dia punya suction 30 minit tu memang akan dapat sampai titisan terakhir yang pekat2 tu.
8. Sangat senyap. Tapi takdela sampai takde bunyi langsung.
9. Agak banyak part2 dia yang kena pasang. Kalau spectra 3 corong dia taj asing. Ni corong asing so agak leceh bab membasuh. Nak2 kalau sampai tempat kerja ada je part yang tertinggal. Nasib mr.Husband sanggup datang hantar. Then kalau buat tandem memang kaki si Ainnur duk tendang2 botol tu gerenti corong tu tercabut.
So ummi dah 3bulan pakai Lacte Duet ni. Kesimpulannya,Ummi bagi 10 bintang untuk breastpump ni.

No comments: