29 August 2015

Redha

Mata ni memerhati je
Saje nak tengok
Sejauh mana penipuan tu boleh pergi

So teruskanlah

25 August 2015

#nissacancook Kari Ikan Nyok Nyok

Dua hari lepas Ummi pergi pasar beli ikan
Beli Ikan nyok nyok seekor dan bawal hitam seekor

Ada kawan cakap,orang perempuan tak elok makan ikan bawak hitam. Sebab senang dapat kanser. Sejauh mana kebenaran Ummi tak tahu. Kena buat research nih.

So arini Ummi kerja shift malam. Dapatlah masak untuk makan tengahari.

Resepi simple je. Budak2 pun boleh makan. Ummi and Adam makan cicah roti. Walid makan dengan nasi.

Tapi Walid cakap kalau nak buat kari, pakai ikan fresh. Harini beli harini masak. Isi tak keras sangat kalau dah masak. Masalahnya ummi ni bekerja. Memang kena beli lauk basah siap2 masuk je dlm freezer tu.

Bahan - bahan :
1 ekor ikan Nyok Nyok
2 tangkai daun kari
1 sudu kecik halba campur
3 sudu besar rempah kari ikan *jadikan pes
5 biji bawang kecil *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
Air asam jawa
1 kotak kecil santan
Gula dan garam
5 biji bendi

Cara - cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris,halba campur dan daun kari
2. Masukkan pes kari ikan dan sedikit air. Tumis sampai naik minyak ( kena kacau selalu sebab takut rempah hangit )
3. Masukkan air, bendi dan santan
4. Nampak menggelegak, masukkan ikan
5. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
6. Siap !!

22 August 2015

Cara Buat Puri Baby 6 Bulan

Assalamualaikum 
Harini Ummi nak tunjuk cara2 step by step buat puri untuk baby 6 bulan.

1. Pergi beli buah2 yang dah siap plan nak bagi pada baby kita. Kalau ummi, ummi beli

- Epal merah
- Pear ( pear dan buah lai lain tau )
- Carrot
- Labu

Setiap buah2 ni perlu di steam/kukus

2. Bila buah-buahan dan sayur yang keras2 tu dah lembut, masuk dalam blender dan blend sampai halus.
Dah halus tu, tapis untuk dapatkan yang betul2 halus. Masukkan dalam bekas dadih ni. Kalau pakai bekas ice cube tu pastikan bekas tu bertutup. Dan frozenkan semua bahan2 yang siap masuk dalam bekas tadi.

3. Bila dah beku semuanya, boleh lah keluarkan dan potong kepada 4 bahagian. Masuk lah dalam mana2 bekas dan labelkan. Untuk baby 6 bulan, cukup lah sehari satu kuib je. Just untuk bagi baby rasa. Then pelan2 tambah mengikut selera baby. Janji ikut 4 rules tau. So kita tai baby kita alergic pada makanan yang mana.

4. Kalau ikut Ummi, ummi akan siap2 masuk kiub yg dah di frozen dalam bekas makan dan letak di bahagian chiller. Keesokkan harinya bila da defrost,ummi campak je masuk bekas tu dalam pemanas air. Cara penyediaan sama macam kita handle susu EBM.

Selamat menjamu selera baby2 semua 😘😘

14 August 2015

1st Solid Food Ainnur

Yeayy Ainnur dah masuk 6 bulan
So dari Ainnur 5 bulan Ummi da start google cari cara2 penyedia makanan baby 6 bulan ni

So ummi decide untuk bulan pertama ni Ummi nak bagi ainnur epal, pear, carrot and labu

Semua ni Ummi stimkan sampai lembut, blend halus, then tapiskan, frozenkan

1st day Ainnur macam geli2 je nak makan. Tapi habis jugak 2 kiub frozen puri epal
Ummi guna 4 days rule
So 4 hari ni makan je la Ainnur puri epal ni
Tapi Ummi tengok Ainnur batuk je
Nanti Ummi try ibu2 yang banyak experience dalam homemade baby food dalam group FB
Kat group FB tu banyak idea2 untuk prepare makanan baby

2day Ainnur nampaknya Ainnur dah suka nak makan
Siap ternganga2 terjerit2 nak mintak disuap
Hari kedua ni ummi bagi 3 kiub
Tu pun macam tak cukup je si Ainnur
Hai la Ainnur, perut awak bukan macam perut Ummi..

12 August 2015

Review Jujur : Breastpump Lacte Duet

Assalamualaikum 
Yeayyyy
Ummi dah ada BFF baru
LACTE DUET
Ambil masa sebulan jugak Ummi duk review segala testimonial kat google
Soo memang breastpump yang ni dirasanya antara ranking paling tertinggi
Ini my personal review :
1. Suction agak kuat kot. Jangan risau dia ada level yang kita boleh set kan and dia lembut. Macam buat marmet pun ada. Ummi pakai level 2 then 15 minit terakhir baru naikkan level 3
2. Ada stimulation mode. Kira macam urut2 gitu. Ummi suka sebab dia macam merangsang pengeluaran susu.
3. Dah di set 30 minit untuk pump. So lepas 30 minit dia akan auto off
4. Boleh pakai powerbank or mana2 power supply. Yang penting kabel dia kena ada la.
5. Boleh set kan nak pump kanan or kiri dengan tekan button. Tak payah nak set2 kan bukak getah segala. Ummi pakai spectra3 sebelum ni.
6. Sangat ringan and compact. Ummi memang suka la bab ringan ni. Sebab spectra3 tu Ya Allah !! Berat gile.
7. Dia punya suction 30 minit tu memang akan dapat sampai titisan terakhir yang pekat2 tu.
8. Sangat senyap. Tapi takdela sampai takde bunyi langsung.
9. Agak banyak part2 dia yang kena pasang. Kalau spectra 3 corong dia taj asing. Ni corong asing so agak leceh bab membasuh. Nak2 kalau sampai tempat kerja ada je part yang tertinggal. Nasib mr.Husband sanggup datang hantar. Then kalau buat tandem memang kaki si Ainnur duk tendang2 botol tu gerenti corong tu tercabut.
So ummi dah 3bulan pakai Lacte Duet ni. Kesimpulannya,Ummi bagi 10 bintang untuk breastpump ni.