24 May 2015

Dikenakan Tindakan Oleh Majikan Sebab Pam Susu ??

Assalamualaikum 
Haihhhh sakitnya hati ni
Bila majikan sendiri tak support natural parenting 

Ummi kerja government 
Yang kerja ikut shift. Pagi-petang-malam
Dan kerja ummi memerlukan ummi untuk tidak meninggalkan tempat tugas.
Tapi macam mana???
Ummi kena pam susu lah !!!

Kes tadi :

Terserempak dengan majikan selepas pam susu
Dan dia mempersoalkan kenapa tinggalkan tempat tugas?
kenapa tak pam sebelum masuk kerja
Ayat yang paling menyakitkan hati > " lepas ni saya taknak dengar alasan kamu nak pam susu ke apa ke"
And macam2 soalan yang tak munasabah

Dan ini jawapan ummi yang ummi sembur pada beliau :

" Sebelum masuk kerja memang saya pam dan perlu pam lagi setiap 3 jam. Tuan,kalau tuan bagi susu lembu untuk anak2 tuan minum,jangan pertikaikan kenapa saya bagi susu badan saya pada anak saya.
Saya perlukan 3jam sekali selama 30 minit untuk pam susu saya dan kalau tuan nak ambil tindakan, silakan ! "

Demi anak2 ummi,kena buang kerja pun ummi sanggup 💋