22 March 2015

DIY : Turban Headband ( No Sew )




Sekarang ni berlambak2 instashop yang jual headband for baby kan
trend sekarang agaknya
Ummi tak ketinggalan jugak duk scroll instagram tengok2 headband yang comel2 tu

harga lebih kurang dari RM 9 - RM 14

tapi belum lagi lah sampai terbeli hehe
sebab rasa macam tak sesuai dengan Ainnur sebab kepala dia macam kecik je
then tengok headband tu macam besar je
kadang2 susah jugak kalau beli barang online nih
sebab kita tak pegang, tak test sendiri kan

so tadi Ummi bukak youtube
sebenarnya nak cari benda lain
nak tengok pasal baby carrier
haa~~~ yang ni kita cerita lain entry ye

so masa tengah duk cari2 tu terjumpa satu video pasal DIY turban ni
tapi untuk orang dewasa la

ni Ummi tunjuk cara nak buat dia
sangat senang

Bahan2 : Seluar jenis scratchable ( ummi pakai seluar palazo ) basuh bersih tau seluar nih + Gunting

1. Gunting seluar tu macam ni kat bawah dia. bahagian berjahit kat bawah kaki tu tak payah la. 


2. Uols akan dapat bentuk bulatan macam nih

3. Buat pusingan macam dalam gambar kat bawah nih 


4. Pusingan yang korang buat tadi, pusing kan lagi mengadap ke depan. 


5. Then telangkup kan dia ke side sebelah dia. hahaha tau ke korang ayat telangkup ni? 
alaaa korang cantumkan side yang korang pusing tadi ke side sebelah dia 


6. Tadaaaa siap !!
hahaha gemuknya tangan si Adam nih 
so da siap..boleh la sarung ke kepala baby uols.
kalau nak buat untuk sendiri tu kene cari tshirt lah
untuk baby boleh pakai part kaki seluar 


paham ke ni?
1 st time ummi buat tutorial nih haha 

No comments: