18 September 2015

Chicken Broth

Chicken Broth ni stock ayam yang direneh 8 jam atas api perlahan 
Tanpa garam dan bahan perisa 
Buat chicken broth ni untuk difrozenkan
So nanti boleh masuk dalam bubur si Ainnur 
Sesuaj untuk baby 7 bulan ke atas
Untuk kita2 ni pun boleh amalkan makan stok ayam ni

Banyak kelebihan chicken broth ni
Antaranya
Meningkatkan antibodi dan imun badan
Untuk redakan selsema dan demam

Bahan-bahan
10 ketul Kaki ayam
2 biji tomato
2 biji bawang holand
5 ulas bawang putih
Seinci halia
Bunga lawang,kulit kayu manis,biji pelaga
Daun celery 
2 batang carrot

Reneh kan selama 8 jam
Tapi tengahari tadi ummi buat 5 jam je
Dah siap nanti,tapis kan semua bahan dan ambil sup dia je

Ada setengah orang,semua bahan tu dia buang
Sebab bukan ada apa2 nutrisi dah
Semua khasiat bahan2 dan pergi ke sup
Tapi ummi sayang nak buang, baik ratah kaki ayam depan tv hehe

10 September 2015

Ainnur's 1st Finger Food

Timun

Singgah sarapan
Kesian makcik ni tengok je Walid,Ummi,Opah makan
Ummi ambil timun kat nasi lemak Walid
bagi makcik ni pegang 
Hamboihh kemain suka makcik~~~
Gigi baru nak tumbuh kat gusi tu
Seronok je dia hisap2 timun tu

☺☺☺

Fungsi finger food
- melatih anak untuk pegang makanan dan makan dari genggaman sendiri
- pengalaman baru bagi anak untuk kenal tekstur dan rasa

01 September 2015

Morning Walk Stories

Harini ummi ajak Adam jalan kaki ke sekolah
Sekolah Adam tak jauh pun
Tapi kalau jalan kaki tu basah jugak la ketiak. Hahahha
Jarak perjalanan pergi balik dalam 45 minit
Eh tapi Adam tu nanti balik sekolah Ummi ambil lah naik kereta hehe
Dah tentu2 balik pukul 12 matahari atas kepala.

So ummi siap pakai kasut sport
Pakai baby carrier Ainnur
Berjalanlah kami berpimpin tangan
Ohh Ummi siap bawak payung 
Payung ni banyak kegunaannya

Kot la mana tahu hujan
Lepas tu anjing yang tengok kita semacam tu,tunjuk je payung tu, gerenti anjing tu yang lari
Boleh jugak dijadikan senjata. Kot2 ada yang berniat tak baik kat kita
Hempuk je pakai payung tu sambila jerit kuat2.

Dalam perjalanan tu satu kereta Honda hitam berhenti
Pemandunya lelaki
Berkopiah hitam

Lelaki : sekolah dengan khaalishah kan (eh. Sama pulak nama dengan Adam Khaalish)
Ummi : aah.
Lelaki : jom saya hantarkan.
(Ummi tengok set sebelah dan belakang takde sape2)
Lelaki: saya baru je hantar anak kat sekolah. Akak pun boleh naik sekali.
Ummi : eh. Tak pe lah. Terima kasih
Lelaki : tak pe lah saya hantarkan. Jauh nak jalan ni. Kesian budak dengan baby tu.
Ummi : tak pe. Tak pe. Memang nak jalan kaki pun.
Lelaki : kesian baby tu.
Ummi : tak pe...terima kasih ya...

Lelaki tu berlalu sambil geleng2 kepala
Dalam hati terpikir, salah ke nak jalan kaku dengan anak?
Jalan kaki pagi2 sihat apa

Lepas tu Adam cakap
Adam : ummi nape kita tak naik je kereta dia. Kan dia nak hantar
Ummi : Kan ummi dah cakap kita tak boleh ikut orang yang kita tak kenal
Adam : kan muka dia tak garang
Ummi : muka tak garang pun tapi kita tak kenal

Haih.
Ni yang paling ditakuti
Rasanya semua parents mesti rasa yang sama
Terutama si ibu
Perlulah berkali2 ingatkan pada anak,jangan sesekali ikut orang yang kita tak kenal. Even muka tak garang sekalipun.

Dunia sekarang.
Nak berniat baik pun susah.

29 August 2015

Redha

Mata ni memerhati je
Saje nak tengok
Sejauh mana penipuan tu boleh pergi

So teruskanlah

25 August 2015

#nissacancook Kari Ikan Nyok Nyok

Dua hari lepas Ummi pergi pasar beli ikan
Beli Ikan nyok nyok seekor dan bawal hitam seekor

Ada kawan cakap,orang perempuan tak elok makan ikan bawak hitam. Sebab senang dapat kanser. Sejauh mana kebenaran Ummi tak tahu. Kena buat research nih.

So arini Ummi kerja shift malam. Dapatlah masak untuk makan tengahari.

Resepi simple je. Budak2 pun boleh makan. Ummi and Adam makan cicah roti. Walid makan dengan nasi.

Tapi Walid cakap kalau nak buat kari, pakai ikan fresh. Harini beli harini masak. Isi tak keras sangat kalau dah masak. Masalahnya ummi ni bekerja. Memang kena beli lauk basah siap2 masuk je dlm freezer tu.

Bahan - bahan :
1 ekor ikan Nyok Nyok
2 tangkai daun kari
1 sudu kecik halba campur
3 sudu besar rempah kari ikan *jadikan pes
5 biji bawang kecil *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
Air asam jawa
1 kotak kecil santan
Gula dan garam
5 biji bendi

Cara - cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris,halba campur dan daun kari
2. Masukkan pes kari ikan dan sedikit air. Tumis sampai naik minyak ( kena kacau selalu sebab takut rempah hangit )
3. Masukkan air, bendi dan santan
4. Nampak menggelegak, masukkan ikan
5. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
6. Siap !!

22 August 2015

Cara Buat Puri Baby 6 Bulan

Assalamualaikum 
Harini Ummi nak tunjuk cara2 step by step buat puri untuk baby 6 bulan.

1. Pergi beli buah2 yang dah siap plan nak bagi pada baby kita. Kalau ummi, ummi beli

- Epal merah
- Pear ( pear dan buah lai lain tau )
- Carrot
- Labu

Setiap buah2 ni perlu di steam/kukus

2. Bila buah-buahan dan sayur yang keras2 tu dah lembut, masuk dalam blender dan blend sampai halus.
Dah halus tu, tapis untuk dapatkan yang betul2 halus. Masukkan dalam bekas dadih ni. Kalau pakai bekas ice cube tu pastikan bekas tu bertutup. Dan frozenkan semua bahan2 yang siap masuk dalam bekas tadi.

3. Bila dah beku semuanya, boleh lah keluarkan dan potong kepada 4 bahagian. Masuk lah dalam mana2 bekas dan labelkan. Untuk baby 6 bulan, cukup lah sehari satu kuib je. Just untuk bagi baby rasa. Then pelan2 tambah mengikut selera baby. Janji ikut 4 rules tau. So kita tai baby kita alergic pada makanan yang mana.

4. Kalau ikut Ummi, ummi akan siap2 masuk kiub yg dah di frozen dalam bekas makan dan letak di bahagian chiller. Keesokkan harinya bila da defrost,ummi campak je masuk bekas tu dalam pemanas air. Cara penyediaan sama macam kita handle susu EBM.

Selamat menjamu selera baby2 semua 😘😘

14 August 2015

1st Solid Food Ainnur

Yeayy Ainnur dah masuk 6 bulan
So dari Ainnur 5 bulan Ummi da start google cari cara2 penyedia makanan baby 6 bulan ni

So ummi decide untuk bulan pertama ni Ummi nak bagi ainnur epal, pear, carrot and labu

Semua ni Ummi stimkan sampai lembut, blend halus, then tapiskan, frozenkan

1st day Ainnur macam geli2 je nak makan. Tapi habis jugak 2 kiub frozen puri epal
Ummi guna 4 days rule
So 4 hari ni makan je la Ainnur puri epal ni
Tapi Ummi tengok Ainnur batuk je
Nanti Ummi try ibu2 yang banyak experience dalam homemade baby food dalam group FB
Kat group FB tu banyak idea2 untuk prepare makanan baby

2day Ainnur nampaknya Ainnur dah suka nak makan
Siap ternganga2 terjerit2 nak mintak disuap
Hari kedua ni ummi bagi 3 kiub
Tu pun macam tak cukup je si Ainnur
Hai la Ainnur, perut awak bukan macam perut Ummi..

12 August 2015

Review Jujur : Breastpump Lacte Duet

Assalamualaikum 
Yeayyyy
Ummi dah ada BFF baru
LACTE DUET
Ambil masa sebulan jugak Ummi duk review segala testimonial kat google
Soo memang breastpump yang ni dirasanya antara ranking paling tertinggi
Ini my personal review :
1. Suction agak kuat kot. Jangan risau dia ada level yang kita boleh set kan and dia lembut. Macam buat marmet pun ada. Ummi pakai level 2 then 15 minit terakhir baru naikkan level 3
2. Ada stimulation mode. Kira macam urut2 gitu. Ummi suka sebab dia macam merangsang pengeluaran susu.
3. Dah di set 30 minit untuk pump. So lepas 30 minit dia akan auto off
4. Boleh pakai powerbank or mana2 power supply. Yang penting kabel dia kena ada la.
5. Boleh set kan nak pump kanan or kiri dengan tekan button. Tak payah nak set2 kan bukak getah segala. Ummi pakai spectra3 sebelum ni.
6. Sangat ringan and compact. Ummi memang suka la bab ringan ni. Sebab spectra3 tu Ya Allah !! Berat gile.
7. Dia punya suction 30 minit tu memang akan dapat sampai titisan terakhir yang pekat2 tu.
8. Sangat senyap. Tapi takdela sampai takde bunyi langsung.
9. Agak banyak part2 dia yang kena pasang. Kalau spectra 3 corong dia taj asing. Ni corong asing so agak leceh bab membasuh. Nak2 kalau sampai tempat kerja ada je part yang tertinggal. Nasib mr.Husband sanggup datang hantar. Then kalau buat tandem memang kaki si Ainnur duk tendang2 botol tu gerenti corong tu tercabut.
So ummi dah 3bulan pakai Lacte Duet ni. Kesimpulannya,Ummi bagi 10 bintang untuk breastpump ni.

24 May 2015

Dikenakan Tindakan Oleh Majikan Sebab Pam Susu ??

Assalamualaikum 
Haihhhh sakitnya hati ni
Bila majikan sendiri tak support natural parenting 

Ummi kerja government 
Yang kerja ikut shift. Pagi-petang-malam
Dan kerja ummi memerlukan ummi untuk tidak meninggalkan tempat tugas.
Tapi macam mana???
Ummi kena pam susu lah !!!

Kes tadi :

Terserempak dengan majikan selepas pam susu
Dan dia mempersoalkan kenapa tinggalkan tempat tugas?
kenapa tak pam sebelum masuk kerja
Ayat yang paling menyakitkan hati > " lepas ni saya taknak dengar alasan kamu nak pam susu ke apa ke"
And macam2 soalan yang tak munasabah

Dan ini jawapan ummi yang ummi sembur pada beliau :

" Sebelum masuk kerja memang saya pam dan perlu pam lagi setiap 3 jam. Tuan,kalau tuan bagi susu lembu untuk anak2 tuan minum,jangan pertikaikan kenapa saya bagi susu badan saya pada anak saya.
Saya perlukan 3jam sekali selama 30 minit untuk pam susu saya dan kalau tuan nak ambil tindakan, silakan ! "

Demi anak2 ummi,kena buang kerja pun ummi sanggup 💋

22 April 2015

Kegunaan Napkin Yang Anda Tak Tahu

Haa.....
Napkin ada kegunaan ke ?
Selain pakaikan kat baby
Selain jadi kain lap
Selain jadi kain bedung
Boleh buat apa lagi ??

Ya... boleh

Boleh buat kain superman yang ikat belakang tu

Hahahhaha
Bijak Abang Adam
Ummi la jadi mangsa tolong ikatkan.

Anggap je sel2 otak beliau sedang berhubung haha ~~

21 April 2015

Akibat Mengidam Tak Dapat

Puhhhh
Satay ikan ni ummi teringin masa Ainnur dalam perut lagi
Merata cari tak jumpa
Bila dah jumpa dalam Facebook ada yang jual, malas pulak nak call

Sekali haritu ada kawan ummi balik Ganu
Dia tanya nak ke? Ofkozzzz ummi nak
RM13 dapat 100 cucuk sekali sos

Last ummi makan ni tahun lepas kat Teluk Intan
Ada kerja kat sana time tu

Bila makan ni memang menggamit memori betol
Ye lah..last makan waktu tu, masa sekolah rendah agama
Secucuk rm0.10 waktu tu
Sekarang harga tak tahu la berapa secucuk
Tambah 6% GST lagi
Uhuk uhuk uhuk (batuk gatal)

Tapi bila tanya kawan2 kat perak, Walid semua cakap tak penah makan

So...
Haritu mengidam tak dapat kan
Ha.
Hadap lah sorg2 100 cucuk ni
Makan sampai muntah haha

16 April 2015

Tak kan murah sangat ???

Assalamualaikum

Ada mommies2 kat luar sana yang nak cari baju budak murah2 tak?
Yang pre-loved
Jangan risau. Baju semua saya hantar dobi siap dah. Hehe

Ya...murah...tak tipu
Harga dalam RM 10 dan tak lebih RM 25
Free postage tau
Kalau nak COD (cash in delivery) pun boleh
Kalau Perak dekat Batu Gajah
Kalau KL dekat Giant Batu Caves

Baju2 and seluar semua mostly brand Padini and Anakku
Size pulak dari 6 bulan ke 4 tahun
And semua baju budak lelaki la
Ini semua baju2 Adam ni
Dah penuh kat dalam bilik tu

kalau ada sape2 berminat tapi xde account Instagram, boleh whatsapp 0166661481 atau email nissairna@gmail.com.
Nanti ummi send kan gambar2 baju yang ada.

03 April 2015

Pampers ohh Pampers ! GST Punya Pasal

Assalamualaikum

Minggu ni newsfeed FB, instagram penuh dengan berita GST
Mostly semua nak post resit pembelian

Haishhhhh
Memang membebankan lah.
Tak nampak pun mana yang kita senang dengan GST ni

Memeningkan kepala lagi ada
Dah la dulu kalau RM200 dapat beli barang penuh dua troli
Masa tu zaman anak dara lah.

Sekarang satu troli penuh barang kering saja dah RM200
Belum pergi beli barang basah lagi.

Bila barang dah naik ni, benda yang paling menakutkan bila nak beli pampers.
Ye lah benda keperluan kot.

Part susu da boleh saving sebab boleh perah and simpan kasi pengasuh nanti

Bila berkira2 campur tolak bahagi semua ummi decided kena jugak ber cloth diaper
Masa abang Adam dulu, ummi just Google je and banyak jugak ummi tahu pasal cloth diaper ni.

Tengok lah
Start bulan depan kena beli sikit2..

22 March 2015

DIY : Turban Headband ( No Sew )




Sekarang ni berlambak2 instashop yang jual headband for baby kan
trend sekarang agaknya
Ummi tak ketinggalan jugak duk scroll instagram tengok2 headband yang comel2 tu

harga lebih kurang dari RM 9 - RM 14

tapi belum lagi lah sampai terbeli hehe
sebab rasa macam tak sesuai dengan Ainnur sebab kepala dia macam kecik je
then tengok headband tu macam besar je
kadang2 susah jugak kalau beli barang online nih
sebab kita tak pegang, tak test sendiri kan

so tadi Ummi bukak youtube
sebenarnya nak cari benda lain
nak tengok pasal baby carrier
haa~~~ yang ni kita cerita lain entry ye

so masa tengah duk cari2 tu terjumpa satu video pasal DIY turban ni
tapi untuk orang dewasa la

ni Ummi tunjuk cara nak buat dia
sangat senang

Bahan2 : Seluar jenis scratchable ( ummi pakai seluar palazo ) basuh bersih tau seluar nih + Gunting

1. Gunting seluar tu macam ni kat bawah dia. bahagian berjahit kat bawah kaki tu tak payah la. 


2. Uols akan dapat bentuk bulatan macam nih

3. Buat pusingan macam dalam gambar kat bawah nih 


4. Pusingan yang korang buat tadi, pusing kan lagi mengadap ke depan. 


5. Then telangkup kan dia ke side sebelah dia. hahaha tau ke korang ayat telangkup ni? 
alaaa korang cantumkan side yang korang pusing tadi ke side sebelah dia 


6. Tadaaaa siap !!
hahaha gemuknya tangan si Adam nih 
so da siap..boleh la sarung ke kepala baby uols.
kalau nak buat untuk sendiri tu kene cari tshirt lah
untuk baby boleh pakai part kaki seluar 


paham ke ni?
1 st time ummi buat tutorial nih haha 

20 March 2015

Bidadari Dari Syurga

Haihhh

9 bulan kamu dalam perut
9 bulan Ummi bersedih

Tapi kamu keluar je dengan muka seceria ini
Terubat sedih Ummi

Ainnur Khaalishah
Bidadari Ummi

Review Jujur : Instant shawl yang betul2 instant

Hahahhaha
Tajuk tak boleh blah la ummi ni
Tak~~~ nak bagitahu yang shawl2 ni betul2 instant
Tak payah iron
Tak payah pin
Plus, labuh menutup dada and side belakang
Sekarang ni banyak je shawl yang kata instant tapi still kena pakai pin kan
Celah mana nak instant camtu ??
Instant ni kan kira yg cepat mudah dan tangkas
Tangkas ??? Pun boleh ~~
Ummi ni kalau bab tangan duk belek2 instashop kat instagram tu memang hebat haha
So satu hari ni, tengok satu instashop ni
Dia design tudung yang memang la wajib ada untuk mak2 yang jenis nak cepat dan cantik hehe
Iols anak dah dua ni, tak kuasa nak belit2 selendang dah
Tapi cukup tak berkenan dengan tudung sarung yang ala Fareeda tu
Ummi memang jenis pakai shawl
Sebab rasa cam tu je yg sesuai dengan bentuk muka dan sebab senang.
Satu, tak payah iron
Dua, cepat
Sebab ummi bukan jenis belit2 beria
Just belit sekali, pin kat tepi pipi tu. Siap !!
Tapi, instant shawl yang ummi jumpa ni memang magic !
Sebab design dia macam kita pakai shawl tapi dia jenis sarung je
And design dia unik yang kita pun tak kan terpikir boleh design shawl camtu.
Butik dia kat Bangi. So memang tak dapat lah nak ke sana semata2 nak beli sehelai tudung ni. Lagipun, kan semua sekarang hanya dihujung jari je hehehhe
Nak beli online thru website dia ,ya Allah!!
Memang traffic jammed !!
Dekat 6ribu orang duk bukak website dia..mana tak jammed
Dari jam 10malam ummi tunggu asyik duk refresh page je
Pukul 11 lebih baru dapat sehelai
Akhirnya mengalah..lepas je tu, ummi kirim kat personal shopper je
Bayar servis dorang RM5
So sekarang ummi da ada 3 colour
Nanti gaji nak beli lagi
Weee
Ehh lupa
Kalau nak tengok instagram kat sini > @elyashazleen
Nak tengok berapa ramai dah grab instant shawl dia kat sini > #instanthijabelyashazleen
Ohh lupa
gambar2 ni semua masa ummi still dalam pantang
So...kalau rasa nak berpantang dengan berkain batik, tshirt, duk terperap kat rumah semua...go ahead~~ tapi jangan persoalkan cara orang lain. Okay?
Tapi ummi tetap berpantang tapi nak cantik2~~
Peace !

19 March 2015

Review Jujur : Herbalblend Krim Shaklee

Assalamualaikum
Malam ni nak buat review product
Ainnur kena ruam yang sangar teruk
Ruam susu + ruam sebab cuaca panas
Dah macam2 krim pakai
Rasanya ada dalam 5 krim da pakai
Siap bawak ke klinik
Krim doktor pun sapu
Tepung ubi pun dah guna
Still tak jalan jugak
Last sekali mak mertua pakaikan tiger balm
Time tu kesian tengok Ainnur sebab muka dia jadi gelap plus busuk sebab balm tu
Hilang dah bau baby
Okayy ummi dah x tahan
Google lagi
Cari lagi apa lagi krim untuk hilangkan ruam ni
Then ada baca satu blog ni pasal krim dari Shaklee ni
Terus contact dengan sorang kawan yang memang jual product Shaklee ni
Harga RM23 tak silap
Alhamdulillah
Muka baby Ainnur dah licin
Yeay ~~~
Tapi still kena berhati2 la
Lepas susu memang kena lap pipi dia betol2

06 March 2015

Hati Menangis


Bila ada kesilapan yang dibuat,
Tak boleh ke tengok balik apa pengorbanan yang pernah kita buat?

Kenapa kekurangan diri yang di korek2 ?

04 March 2015

Berpantang. Keluar shopping ?

Yes !!
Semalam hari ke 25 berpantang
Ainnur pun dah 25 hari

Ada satu peristiwa yang terjadi dalam hidup ummi
Semasa dalam proses berpantang ni
Satu peristiwa yang tak kan ummi lupa sampai bila2
Tapi semua yang berlaku ummi tau
Pasti ada hikmahnya

So...
Nak dijadikan cerita, ummi ajak walid ke Jusco
Untuk tenangkan fikiran
Beli baju2 Adam and Ainnur
Beli baju walid
Ummi ? Takde pun
Keluar shopping pun da cukup best !!

Ye.
Itu ubat penenang yang paling mujarab bagi ummi

Disebabkan ummi delivered Ainnur with no luka bersalin. Alhamdulillah
So senang sikit nak jaga

Masa berpantang ni pun ummi tak berbarut bagai
Cuma pakai korset je
Senang nak berjalan

Lain orang lain cara
:)

03 March 2015

Berpantang Sendiri

Waaaa
Harini hari ke 25 berpantang
Ainnur pun dah 25 hari

Harini balik rumah sendiri untuk berpantang
So far everything smooth je
Alhamdulillah

Bangun pagi2 jam 6
Tengok Walid pergi kerja
Terus susukan Ainnur

Abis susu, mandi and bersiap
Jam 7 kejutkan Adam untuk ke sekolah
Nak kejutkan dia kena ada drama bagai
Adam sangat senang bangun pagi
Tapi liat ke sekolah haha

Settled siapkan Adam, angkut Ainnur masuk baby seat and berdesup ke tadika Adam

Balik dari tu, sampai je rumah terus bakar tungku and sarapan

Abis sarapan kemas rumah sikit2
Balut tungku and pasang tv
Boleh bertungku sambil layan korean drama
Haaaaa heaven rasa

Kesimpulannya
Iols penat sikit harini

27 February 2015

Ainnur Khaalishah

Alhamdulillah
Selamat melahirkan puteri Ummi and Walid

07 February 2015
0914 pm
Hospital Besar Ipoh
3.90 kg

Besar kan ?
Tapi Alhamdulillah
Lepas dua hari menanggung contraction
Meneran sorang2 dalam labour room
Dua kali je staff nurse masuk untuk tengok bukaan and sambut baby
Tiap kali rasa baby nak keluar tiap kali tu ummi jerit panggil nurse
So.....
Selamat semuanya ~~
And yang paling seronok,

TAK DE JAHIT !!

Wiwiwiwiwi
Hati ini sangat seronoknya pun hadoyyyy
Rasanya sebab tak jahit ni sebab Adam dulu bsalin jahit, then jahit tu terbukak (tetiba rasa ngilu). Pastu g klinik swasta untuk jahit balik

So maybe la kulit kat situ da ketat kene jahit dua kali
Haha
Tu yg 2nd deliver baby tak jahit

Ini adalah dari logik akal ummi
Haha

Harini dah hari ke 21 ummi berpantang
Sangat lah boring

Tak sabar nak balik rumah !!!