14 November 2014

Bubur Nasi Telur Masin



Minggu lepas buat Bubur Nasi
kegilaan Ummi and Adam
saja buat masuk dalam bekas ni
siap2 masukkan dalam bekas
pastu cuci periuk hehe
nak makan amik je nak makan berapa bekas pun

Adam kalau dapat makan bubur ni memang 4 mangkuk pun dia boleh habis kan
Ummi 2 mangkuk cukup la * ye sangattt la tuh !!

Ummi rasa nak buat jual la bubur nasi ni
letak kat kantin tempat kerja
agak2 sesuai tak untuk sarapan ?

satu bekas dalam RM 3.50
ok tak ?

ada telur masin + bawang goreng + daun sup + ikan masin

GIVEAWAY [ BUGSLOCK GELANG PENGHALAU NYAMUK ] DI MIALIANA.COM



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

SAYA MEMERLUKAN BUGSLOCK INI UNTUK BAYI YANG BAKAL SAYA LAHIRKAN PADA AWAL BULAN FEBRUARI TAHUN HADAPAN. SAYA SUDAH BERTANYA KEPADA KANDUNGAN SAYA ADAKAH BELIAU INGINKAN GELANG PANDORA? NAMUN BELIAU MENYATAKAN "TAK NAK !!". BABY NAK GELANG BUGSLOCK GELANG PENGHALAU NYAMUK !! SEBAB NANTI SENANG KALAU UMMI NAK BAWA BABY KE MANA-MANA, TAK PERLUKAN KRIM GATAL YANG TIDAK TENTU KESELAMATAN DARI SEGI BAHAN KIMIA TERHADAP KULIT BABY. BEGITULAH KATA-KATA BAYI DI DALAM KANDUNGAN SAYA TERHADAP UMMINYA :) <



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

13 November 2014

Mengandung tu bukan gemuk lah,gemok !!

[NADA MARAH]

Sakit pulak hati ni
Dengan kawan sekerja
Nak dipost kat FB kang mula la kata kita sentap la apa la
Bukan sentap tapi rasa nak lempang sekor2
Bila tengok kita mengandung, mulut tu mula la bercakap2
Badan besar la
Makan banyak la
Nak masuk pintu tak muat la
Hellloooo
Kau mengandung,perut kau macam kerengga ke ????
Pelik betul
Memula bila bercakap macam tu kita boleh accept as bergurau lah
Tapi kalau dah hari2 bercakap topic yang sama,
Memang rasa nak bagi pelempang
Ye lah.
 Korang dikurniakan badan yang solid molid
Aku ni badan berangka besar
Tapi atleast aku tahu aku sihat
Nak makan 3 pinggan pun, tak salah.
Sebab lepas bersalin boleh kembali kepada rutin harian
Makan sesuka hati
And
Jogging, cardio.
Tak macam korang yang makan pun disekat2
Get a life people !!

03 November 2014

Jalan-Jalan Ipoh - Plan B


Minggu lepas Walid ambil cuti sama hari dengan Ummi off
actly bukan cuti pun tapi walid replace cuti sebab ada kerja lebih masa

Pagi tu kitorang ke swimming pool Ipoh 
bawak si Adam mandi swimming pool 
budak ni kena biasakan dia dengan air
so far sekarang da ok la dengan air
dah tak macam dulu 

Selesai mandi, Ummi ajak Walid jalan2 sekitar Ipoh 
kitorang pergi ke area Pekan Ipoh 
nak perkena ais kepal
jom jalan2 tengok gambar dulu ye 


ni menu yang ada dalam stall ais kepal ni
kalau nak datang sini cari je cafe Plan B
masuk dalam tu, jumpa lah stall ni 
Ummi amik Busybee

ok lah rasanya
tapi macam tak bes sebab nak makan kena tadah ais kepal tu guna paper 
kalau masuk dalam plastik bag dan ada straw kan senang 



weeeeee
I'm months pregnant !!


baju ni Ummi beli dibutik Cala Qisya Station 18 
harga RM 129



  
haippppp buat apa tu Walid ???


konon2 maternity shoot la nih ~~


suka gambar ni 
tapi gambar Adam scary gile 


jantung hati 
pengarang jantung 

aichehhhh~~

gambar ni Ummi and Walid paling suka 
sebab Adam yang snap kan