23 September 2014

Ummi's Wishlist !!

Assalamualaikum 

Semalam pergi buat monthly checkup kat klinik 
nurse dah warning Ummi 
sebab berat Ummi dah naik 4 kg 
haiyoooo
mana lah tak naik kalau mulut ni nak mengunyah je
pagi memang roti canai 2 keping 

takpe2, Ummi akan try kurangkan kuantiti makan nanti 
and tambah makanan berkhasiat
katanya~~~~
iye sangat la tu.

Berbalik pada tajuk utama entry ni, 
Ummi nak listkan apa2 barang2 yang Ummi kena beli sebelum bersalin nanti 
senang Ummi nak refer balik :)

Buat masa ni, kita list kan dulu barang2 untuk Ummi ya.
Next entry baru kita list kan barang2 untuk baby pulak 

1. Set berpantang Nona Roguy 

- tengok banyak testimonial yang sangat positif dari blogger2. 

Harga : RM 290


2. Korset Ayus 

- Ummi tak tahu la kenapa tetiba jatuh hati dengan korset ni.
maybe sebab harga yang murah kot
and korset ni ada warna purple haha

apa2 info berkenaan korset ni boleh refer SINI 
Harga : RM 230



3. Bengkung Nona Roguy

- Masa tempoh berpantang lepas bersalinkan Adam, 
Ummi pakai Bengkung Moden yang jenis strap tu. 
memang senang. Pakai lekat je.
Tapi yang tak bes, dia tak sampai bawah punggung. 
Ummi yang tengah berazam nak berpantang secara berdisiplin ni,
 nak la cari bengkung yang betul2 boleh kecikkan sikit punggung ni.
So rasanya nak beli yang sekali dengan set Nona Roguy tu 

Harga : RM 50

4. Cotton Skirt & Stokin 

- bajet Ummi moden sangat lah ??
bukan lah..
tapi kali ni rasanya biarlah Ummi berpantang dengan selesa.
Bukan nak kata kain batik tu tak selesa.
Tapi Ummi memang failed pakai kain batik ni.
masa berpantang 4 tahun lepas, kain batik tu pakai ikat je. 
masa tidur mesti terburai hahaha
nasib baik ada kain selimut

so untuk kali ni Ummi ingat nak singgah ke GM Klang and nak borong cotton skirt 
jenis yang kembang tu. 
stokin pulak Ummi nak beli kat padini and FOS je

rasanya benda ni je yang paling penting Ummi kena sedia kan
Nanti next entry kita sembang pasal barang baby pulak ya :)

2 comments:

rini.borhan said...

Minyak herbanika tu memang best..masa pantang ank 1st kita pakai ni tapi tak semua dalam tu kita guna..so masa ank 2nd beli minyak herbanika tu ngan krim bengkungnya (tak igt nama apa).

Jom singgah Happywaytales: Pengalaman berpantang

Nissa Irna said...

ye ke RB
thanks for the review
tak sabar pulak nak mencuba set ni