18 August 2014

Dilema Berpantang

Adoii
Baru masuk 14 minggu preggy
Dah pening kepala nak pikir pasal pantang lepas bersalin nanti.

Hal ni kena pikir awal2
Kang bila perut dah memboyot mahu migrain pikir pasal ni.

Masa Adam dulu agak senang sebab MIL yang jaga.

Tapi untuk kali ni, MIL dah surrender awal2
Katanya tak berapa sihat nak jaga orang dalam pantang dan baby baru lahir.

So choice lain adalah berpantang di Kuala Lumpur rumah ibu tercinta
Tapi nak pantang kat sana ?
Alahai ~~~~

Rumah flat
Faham2 je la
Sempit.
Bising pulak
Masa berpantang kena mandi air suam,
Siapa nak angkat periuk besar tu masuk toilet ?
Haishhhh pening pikir !!
Due date bulan February 2015
Rasanya tengah meriah kaum2 cina main mercun
Yang bukan cina pun gerenti pakat duk main mercun bunyi macam bom atom tu
Mahu terbukak jahit kat bawah tu
Aiyak ~~~~
Ibu mungkin tak boleh nak datang ke Batu Gajah untuk jaga dalam pantang sebab adik yang kecik still sekolah lagi

Husband ?
Walid dah bagitahu haritu dia boleh amik cuti dalam 4 hari je.

Rasanya macam nak amik conclusion.
Berpantang sendiri di rumah sendiri.

To-do list
1. Cari bidan urut
2. Cari tukang masak dalam pantang

Yang lain rasanya boleh buat.sendiri kot.

Tak pe lah
Belajar berdikari sikit ya.
Haih ~~

No comments: