23 August 2014

Apa Masuk Dalam Perut ?? erk ??!!

Assalamualaikum 
hari ni nak bercerita pasal makan.



 Ice cream !!
aiskrim ni kalau masuk dalam perut ada la dekat 3 batang paling minimum sekali makan
kadang2 si Adam ada jugak menyibuk nak jugak
padahal aiskrim dia da siap beli
nakkkk jugak yang Ummi punya
tapi Ummi pandai..
Ummi makan yang luar, Adam makan yang part dalam
sape yang pernah makan aiskrim ni tau la apa rasa yan bahagian luar tu..
perghhh boleh kecur air liur woooo



Ini time Ummi lapar jam 10 malam tak silap
buka peti ais nampak ada kek belang peninggalan Opah Adam 
masuk dalam microwave
makan time panas2
layan ~~~~


Durian tu durian bukit orang asli 
kecik2 je buahnya
tapi isi dia ~~
memang terbaik
beli 5 biji RM 10


Ini memang favourite Ummi and Adam 
kitorg kalau makan ni siang malam pun tak pe
Tapi Walid tak suka
rugi...rugi ..


Oren tu memang besar gile..
3 biji RM 10
tapi nyonya tu tipu la..
kata manis sangat 
tapi ni manis sikit je..
dosa tau nyonya ni tipu ibu mengandung 
T_T


Dan ini adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik
Cekodok Pisang
nampak buruk je kan 
tapi rasa dia perghhhhh
rasa pisang lebih 
tepung jangan banyak 
gula dan garam 
no baking soda. paling tak suka cekodok letak baking soda


xoxo
sekian dari Ummi yang sedang kuat makan....

18 August 2014

Dilema Berpantang

Adoii
Baru masuk 14 minggu preggy
Dah pening kepala nak pikir pasal pantang lepas bersalin nanti.

Hal ni kena pikir awal2
Kang bila perut dah memboyot mahu migrain pikir pasal ni.

Masa Adam dulu agak senang sebab MIL yang jaga.

Tapi untuk kali ni, MIL dah surrender awal2
Katanya tak berapa sihat nak jaga orang dalam pantang dan baby baru lahir.

So choice lain adalah berpantang di Kuala Lumpur rumah ibu tercinta
Tapi nak pantang kat sana ?
Alahai ~~~~

Rumah flat
Faham2 je la
Sempit.
Bising pulak
Masa berpantang kena mandi air suam,
Siapa nak angkat periuk besar tu masuk toilet ?
Haishhhh pening pikir !!
Due date bulan February 2015
Rasanya tengah meriah kaum2 cina main mercun
Yang bukan cina pun gerenti pakat duk main mercun bunyi macam bom atom tu
Mahu terbukak jahit kat bawah tu
Aiyak ~~~~
Ibu mungkin tak boleh nak datang ke Batu Gajah untuk jaga dalam pantang sebab adik yang kecik still sekolah lagi

Husband ?
Walid dah bagitahu haritu dia boleh amik cuti dalam 4 hari je.

Rasanya macam nak amik conclusion.
Berpantang sendiri di rumah sendiri.

To-do list
1. Cari bidan urut
2. Cari tukang masak dalam pantang

Yang lain rasanya boleh buat.sendiri kot.

Tak pe lah
Belajar berdikari sikit ya.
Haih ~~

10 August 2014

Nasi Lemak Hajah Bakhil

Disebabkan yang penjualnya perempuan, so panggil hajah lah.

Haiyoooo
Kenapa la kedekut sangat telur tu ?

Agak2 kalau sebijik telur yang dipukul buat telur dadar,kalau potong kecik cmni boleh dpt berapa bungkus nasi lemak?

5 bungkus dapat kot.

Ikan bilis dengan kacang tu adoii..
Ada lah dalam dua 3 bijik.

Opah adam dulu meniaga nasi lemak, orang duk cari nasi lemak dia sebab suka cuti lama sangat. Haha

Yang penting telur rebua belah empat. Puas makan

Kenapalah perniaga sekarang lagi pentingkan keuntungan dari kepuasan pelanggan?

Atau barang semua dah naik harga yang jd macam ni?

So,
Salah siapa ?

09 August 2014

3 minggu adik Adam

Kelmarin pergi buat check up kat klinik
Mak aihhh punya lah lama tunggu

Biasalah kalau klinik kerajaan ni
Ke swasta sama je ?

Ummi lupa bila last date period
Sebab busy kerja outstation bulan 5 haritu

So doktor suruh scan untuk tahu ketepatan due date baby nak deliver

Ooo boleh tahu umur baby bila scan rupanya..
Sebab masa Adam dulu ummi pun tak sure bila last period
Bila nurse tanya,ummi main bedal je hahaha
Tapi tengok ok je doktor tak cakap apa2

Tekanan darah ummi rendah
Berat pulak naik sekilo
So dalam sebulan ni 3 kali ummi kena jumpa doktor

Haiyooo
Baru 13 minggu woooo

Ummi tunjuk gamba scan kat Adam
Bukan main seronok lagi dia tengok adik dia.

Duduk elok2 dalam tu ya adik.
Jangan nakal2 tau :)