07 March 2014

Short Vacation Ke Teluk Senangin


KAWAN SAMPAI MATI 

Assalamualaikum.
Bulan lepas kawan2 sampai mati ni datang Batu Gajah.
Thanks korang kerana memahami yang diri ini memang susah nak balik ke kampung halaman kita yang jauh nun di Kuala Lumpur nun.

ehhh~~ kira kampung la jugak tu sebab iolss bekerja di negeri orang .

So dipendekkan cerita sampai lah mereka di tanah Batu Gajah ni.
pertama kali bagi mereka nih.

Mereka yang dimaksudkan adalah Kazi, Nieda, Angah (kakak kepada si Nieda)

Si Kazi ni memang hantu pantai. Aku pun tak paham dah kenapa suka sangat mandi pantai. Ummi memang tak berapa sangat suka nak mandi2 air masin nih. Setakat bercanda di tepian pantai boleh arr

Dorang jejak je tayar kereta ke Batu Gajah terus kitorang menghala ke Teluk Senangin. Mana yang tak tahu cara nak pergi sana memang senang bangat. Hala kan kereta anda ke Lumut dan pastikan download application Waze. Makcik Waze akan menunjukkan anda menuju ke jalan yang benar~~~

Pagi tu Ummi pergi pasar dan balik rumah memulakan projek buat Nasi Ayam. Menu paling senang. So dah tak payah nak beli barang makan kat luar.

Jom layan gambar-gambar yang sempat disnap

Nasi Ayam Kasih Sayang nama tajuknya

MENJINAK OMBAK

ME AND KAZI 

mana pulak datang MakNgah Adam ni ??
NAK BUAT ISTANA PASIR TAK JADI SO KITORANG BUAT IKAN DUYUNG HEHE
ME AND KAZI 
THANKS KORANG ~~
Lepas ni plan kitorang nak mandi sungai pulak. Ulu Kernas. Pernah dengar tak ? 
Tu memang tempat favourite Ummi and family belah Walid tu. Air memang sejuk sampai ke tulang. nak2 sekarang ni cuaca ya ampun~~ panas terik. 
Ampun Kan Dosa Kami Ya Allah ~~


nota kaki : thanks Walid sebab berkorban satu malam tidur di rumah mak sebab bagi laluan isterimu ini bergembira bersama kawan2. 

2 comments:

Cik Puan Fadli said...

x penah sampai ke teluk senangin..ulu kernas penah ms belajar kt sri manjung dulu..beshhhh!!!

Nissa Irna said...

bess kan..air sejuk gila and bersih jernih je.