27 March 2014

MISI MENCARI PRINTER



Assalamualaikum 

Sekarang duk sibuk nak cari printer lah 

dulu masa kerja kat Ampang, senang 
pakai printer tempat kerja je.

sekarang ni 
kat tempat kerja pakai printer yang model lama 
yang pakai kertas karbon tu
alahhh camne nak explain kan nih ??

ha jap !!




google

ha ni lah dia

tak paham betul lah management tempat kerja nih 
orang semua dah maju ke depan 
dia duk le undur ke belakang 

ce maju ke depan sikit 
leh gak tumpang nak print apa yang patut 
hik hik hik 

tapi kalau dalam bilik kerani punya lah canggih manggih (ada ek ayat nih)
printer yang ada

kita yang duk kerja mengadap customer (customer ke?) ni tebalkan muka sebab still guna benda yang lapuk dek zaman nih 

so ni tengah meng-GOOGLE la nih 
brand apa yang senang pakai and menjimatkan 

ada lah sikit projek nak dibuat :)



AT - 10 - TION TO ALL CHOCOLATE LOVER !!




pernah makan Nyum2 tak masa sekolah dulu 
ala....tak kan dah lupa Nyum2 tu 
yang ada gambor rimau tu 

ha ~~
ni Nyum2 versi moden 



MEMPERSEMBAHKAN 
ehh ada ke yg belum tidur nih ?

























CRUNCHY CADBURY 

BY 

KHAALISCIOUS
(harap uollss tak tergeliat lidah nak sebut)


sapa nak ???
angkat perut ~~~~

nak tahu dengan lebih lanjut?
ayat dah macam iklan Kak Ton je nih 

HARGA?
INGREDIENTS?

Jom Terjah ke Blog >>> KHAALISCIOUS

SUDI2 LAH FOLLOW BLOG MENGENYANGKAN PERUT TU YA ~~

25 March 2014

Minta Pendapat Blogger Yang Disayangi

Assalamualaikum 

suka tak rasa disayangi ?
hik hik hik 

tak salah kan sayang menyanyangi sesama ummah 
gitew~~

eh uollss 
ni nak mintak pendapat nih 

mana satu okay 

no 1 ke no 2?

ni untuk produk makanan khaaliscious



macam Ummi, suka yang no 1
tapi Walid suka yang no 2

jom kita tgk apa kata survey ~~~~


Rencana Yang Maha Mengetahui



Assalamualaikum dan Selamat Pagi 

pagi ni.
pagi yang sangat lain
berbeza

mood : still mourning

entah lah.
selagi tak dengar apa2 bukti yang mengatakan pesawat tersebut terhempas, saya yakin masih ada peluang.

Ianya hilang.
full stop.

last detected location : Lautan Hindi

saya tak dengar lagi perkataan "terhempas"

masih ada peluang.
insyaAllah 

Ya Allah.
senangkan usaha mereka mencari MH 370

ucapan takziah pada keluarga penumpang dan krew MH 370
tabahkan hati

bercakap.
ya senang
kalau jadi pada diri sendiri

perkataan "kalau" tu kalau lah tak pernah wujud
*kalau lagi 

entah lah

MH 370
a mystery turned to a tragedy

dari DIA kita datang
kepada DIA kita kembali

hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui sebaik2 rencana dunia

#rememberingMH370

14 March 2014

PEMENANG GIVEAWAY PANDORA

DRUM ROLL ~~~

sorry la ye sebab lambat umumkan pemenang giveaway ni 
semalam banyak pulak keje nak disetelkan.
masuk kerja shift malam pulak tu .
ni pun baru bangun tidur lepas balik jam * pagi tadi 

ngeh ngeh ngeh 

okay tanpa membuang masa

nak tahu sape yang bertuah tu ?

boleh tak nak pending lagi sehari ??

hahahaha 
okay gurau !!

mempersembahkan !!!




















so kepada yang bertuah 

18 . http://norshafikahaf.blogspot.com/

54 . http://firzanahazhar1.blogspot.com/

KEPADA YANG BERTUAH SILA HUBUNGI SAYA MELALUI EMAIL YA

nissairna@gmail.com

PENEBUSAN HADIAH BERAKHIR 18 MAC 2014

pada yang nak cuci mata tu nak tengok koleksi Pandora boleh klik SINI 

harga ? ada dalam Instagram < lovekhaalishgarage>

kalau tak de instagram boleh bgtau saya code gelang yang mencuri hati anda dan saya akan bagitahu harga


* nak buat giveaway untuk mengenyangkan perut pulak ... sape nak angkat kaki !!!

13 March 2014

CARA PEMILIHAN PEMENANG GIVEAWAY PANDORA

Alhamdulillah 
Nampaknya penyertaan blogger2 dalam 1st giveaway yang dianjurkan dalam ummijournal.blogspot ni amat menggalakkan.
ha~~~ skema gitu ayat kan ..

Okay, jom tengok balik syarat2 yang telah diberitahu masa Entry Giveaway haritu.

1. FOLLOW BLOG UMMIJOURNAL.BLOGSPOT 
2. BUAT ENTRY BERTAJUK " SAYA NAK MENANG PANDORA "
3. LETAK BANNER DI ATAS DI ENTRY TERSEBUT DAN BACKLINK KAN KE SINI 
4. TINGGALKAN KOMEN " tolong....saya nak PANDORA" DI ENTRY INI DAN TINGGALKAN URL ENTRY GIVEAWAY ANDA. 

Pemenang akan dipilih dan selepas dipilih, Ummi akan check sama ada setiap syarat beliau follow atau tidak.
Kalau ada yang tertinggal, kemenangan akan dibatalkan dan pemenang seterusnya akan menyusul 

Memula Ummi nak tulis nama blogger dalam kertas and mintak adam cabutkan undi.
Memang la idea da lapuk.
Tapi macam best pulak nak cabut2 undi ni.
Tapi pagi2 lagi Opah Adam dah amik Adam bawak berjalan.
So Ummi akan pilih pemenang berdasarkan random.org ya.

*kejap lagi nak update penyertaan blogger2 sekalian 

12 March 2014

GIVEAWAY GIVEAWAY GIVEAWAY..pandora !

[ STICKY POST ]

SIAPA TAK NAK HADIAH PERCUMA?
SIAPA NAK GELANG PANDORA???
HAH??!! PANDORA ? bior benor kamu yong .... ( haha ni longhat perak nih )
KALAU NAK CEPAT ANGKAT JARI, TEKAN2 KEYBOARD TU JOIN GIVEAWAY NIH 

giveaway ni buat dalam Instagram sebenarnya.
tapi rasanya macam nak combine untuk para blogger2 tersayang

ingat tak haritu ada cerita pasal PANDORA kat ENTRY NI?

haaa so kali ni Ummi sendiri nak jual sendiri 
InsyaALLAH ada rezeki yang datang nanti 
tapi stock ni akan release pada 10 MAC 2014
so tunggu ~~~~

So sempena permulaan produk dalam Khaalistyle under label LoveKhaalish Garage ni, Ummi berbesar hati nak meng-hadiahkan 2 orang.. dengar tu ~~~ 2 orang yang bertuah untuk menyarungkan gelang PANDORA ni di tangan mereka.

ehhh ehhh~~ sebelum tu 

ini INSPIRED PANDORA tau
nampak sama tapi bukan dia
gitew~~~~

okay cukup membebel. jom Ummi terangkan syarat2 GIVEAWAY 

******************************************************


ha ~~ tema black and white gitew ~~

SYARAT-SYARAT UMMIJOURNAL GIVEAWAY

1. FOLLOW BLOG UMMIJOURNAL.BLOGSPOT 
2. BUAT ENTRY BERTAJUK " SAYA NAK MENANG PANDORA "
3. LETAK BANNER DI ATAS DI ENTRY TERSEBUT DAN BACKLINK KAN KE SINI 
4. TINGGALKAN KOMEN " tolong....saya nak PANDORA" DI ENTRY INI DAN TINGGALKAN URL ENTRY GIVEAWAY ANDA. 

GIVEAWAY NI BERMULA HARINI 06 MAC 2014
GIVEAWAY INI TAMAT PADA 12 MAC 2014

PEMENANG ADALAH BASED ON LUCKY DRAW
*KOS PENGHANTARAN HADIAH DITANGGUNG PEMENANG 
RM 6 JE HEHE

untuk ke entry seterusnya, sila lihat older post ya ~~

11 March 2014

INSPIRED PANDORA FOR SALE

ALHAMDULILLAH 

akhirnya impian Ummi nak jual gelang Pandora ni dah direalisasikan
thanks to Walid sebab bagi sepenuhnya sokongan untuk isteri beliau ini .
Love You Deep Deep Walid !!

Doakan bisnes Ummi ni berjaya ya ~~

Jom tengok koleksi Pandora yang ada 

Kalau ada yang berkenan di hati boleh lah terus whatsapp ya 

0166661481




NOTA KAKI : esok habis giveaway. tak sabar nak tau sape lah yang bertuah tu ye ~~

08 March 2014

Ber-blogwalking Di Malam Hari

Assalamualaikum
Selamat Pagi

Ada lagi ke yang belum tidur nih ??
Malam ni shift malam. Hadoyy dah dua hari ni masuk shift malam.

So tengah tak ada apa nak dibuat, malam ni nak berjalan2 di blog bakal2 pemenang giveaway Pandora nanti.

Terima kasih pada yang join ya.
Semoga kita boleh berkongsi ilmu and cerita.

Nota kaki : sakit hati pulak bila pakai pc tempat kerja ni. line Internet nya..ya ampun ~~~ sedeyyy!!

07 March 2014

Adam Khaalish 4th Birthday


Alhamdulillah 
Tarikh 02 Mac 2014
Genap anak Ummi dan Walid berumur 4 tahun 
rasa kejap sangat masa berlalu

Ummi dengan Walid tak de la sambut birthday Adam besar2 pun. Keadaan tak mengizinkan.
Pagi tu bawak Adam pergi cari basikal .
Memang da lama budak ni teringinkan basikal.

Muhammad Adam Khaalish Bin Muhammad Fadzly
Walid dengan Ummi tak nak banyak.
Cukup lah Adam jadi anak yang soleh. Belajar biar sampai bergelar Al-Hafiz
itu je sayang.

auwww terseksi pulak ~~

Short Vacation Ke Teluk Senangin


KAWAN SAMPAI MATI 

Assalamualaikum.
Bulan lepas kawan2 sampai mati ni datang Batu Gajah.
Thanks korang kerana memahami yang diri ini memang susah nak balik ke kampung halaman kita yang jauh nun di Kuala Lumpur nun.

ehhh~~ kira kampung la jugak tu sebab iolss bekerja di negeri orang .

So dipendekkan cerita sampai lah mereka di tanah Batu Gajah ni.
pertama kali bagi mereka nih.

Mereka yang dimaksudkan adalah Kazi, Nieda, Angah (kakak kepada si Nieda)

Si Kazi ni memang hantu pantai. Aku pun tak paham dah kenapa suka sangat mandi pantai. Ummi memang tak berapa sangat suka nak mandi2 air masin nih. Setakat bercanda di tepian pantai boleh arr

Dorang jejak je tayar kereta ke Batu Gajah terus kitorang menghala ke Teluk Senangin. Mana yang tak tahu cara nak pergi sana memang senang bangat. Hala kan kereta anda ke Lumut dan pastikan download application Waze. Makcik Waze akan menunjukkan anda menuju ke jalan yang benar~~~

Pagi tu Ummi pergi pasar dan balik rumah memulakan projek buat Nasi Ayam. Menu paling senang. So dah tak payah nak beli barang makan kat luar.

Jom layan gambar-gambar yang sempat disnap

Nasi Ayam Kasih Sayang nama tajuknya

MENJINAK OMBAK

ME AND KAZI 

mana pulak datang MakNgah Adam ni ??
NAK BUAT ISTANA PASIR TAK JADI SO KITORANG BUAT IKAN DUYUNG HEHE
ME AND KAZI 
THANKS KORANG ~~
Lepas ni plan kitorang nak mandi sungai pulak. Ulu Kernas. Pernah dengar tak ? 
Tu memang tempat favourite Ummi and family belah Walid tu. Air memang sejuk sampai ke tulang. nak2 sekarang ni cuaca ya ampun~~ panas terik. 
Ampun Kan Dosa Kami Ya Allah ~~


nota kaki : thanks Walid sebab berkorban satu malam tidur di rumah mak sebab bagi laluan isterimu ini bergembira bersama kawan2.