04 February 2014

TREND PANDORA..Tepuk Pocket,Tanya Wallet

Assalamualaikum.

Ummi tengah tak boleh tidur. Maybe sebab dah tidur petang tadi. 
So mari mengisi waktu dengan clearkan gambar dalam handphone tu. Dah banyak sangat snap so tiba masa nak abadikan dalam blog ni. 
wah~~ ayat tak leh nak skema lagi ke?

Sekarang ni tengah in trend Pandora kan. Kalau kat Instagram memang bersepah la duk jual gelang ni. cari je kat hashtag Pandora, berjuta kot yang dah ada gelang ni. Antara original dengan fake je.

google

Pandora ni best sebab kita yang sendiri create. Create maksudnya kita yang tentukan design apa yang kita nak bergantung pada charm yang kita pilih. Setiap charm ada maksudnya tersendiri. Contoh macam kat bawah ni.

google

1st kena beli la bracelet dia then baru la beli charm2 dia. Yang jenis memang collect original Pandora rasanya memang addict kot nak tambah2 charm setiap bulan. And pada yang just beli da fake one macam ahhkak ni ha~~ korang beli je la satu set terus. 

google

Yang original satu charm je anggaran RM 150- RM 300. uishhh botak kepala macam ni. Bracelet saje dah RM 350 tak silap. So kalau beli Original Pandora pun paling cikai harga RM 1500 la. Itu pun kalau charm korang dalam 3-4 bijik camtu. 

So nak dipendekkan cerita, (dari tadi duk bercerita, baru ni nak pendek??) Ummi start minat Pandora ni bila tengok Mastura dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu la. Tapi memang tak la kan nak beli yang original. Pada pendapat Ummi baik Ummi beli gelang emas. Memang tak minat pakai emas tapi boleh je nak simpan. Yang penting nilai emas tu.

Ummi beli Fake Pandora kat seller Instagram ni. Ada la dalam 4 charm Ummi beli sekali dengan safety lock and bracelet dia. Ala satu charm baru RM 5.00. Bracelet pulak baru RM 6.00 hehehe ~~ Masa Makngah Adam datang sini, Ummi ajak pergi Gerbang Malam Ipoh nak cari bracelet sebab yang Ummi beli agak kecik. Bracelet tu Ummi bagi kat Maksu je. 


yang ni Ummi dengan Maksu punya.


yang ni pulak Ummi and Makngah 


So tanya pocket uollss la ye. Antara korang nak beli Original Pandora atau the fake one. Pada yang mampoooo nak beli Original Pandora ni jangan la uollss pandang macam tak puas hati pulak kat iolss yang beli Inspired punya ni je ye~~ Sendiri punya wallet so sendiri punya pilihan kan.

And pada yang nak beli Inspired Pandora ni boleh tengok kat seller ni ~~ Glam By Syra

ni antara yang seller ni jual kat Instagram beliau. Klik gambar kalau nak terus ke Instagram beliau. Ni promosi tak berbayar ye..saje nak share je. Untuk rujukan diri sendiri jugak hehe~~



* pasni tak kira, nak cari jugak leather bracelet tu.


10 comments:

Azhafizah Md Nor said...

bling bling tengok.untunglah kalau dapat pandora original kan..tanya wallet dulu.huhu

kHaiRunNisSa iRnA said...

kadang2 da tanya wallet tapi kepala gelang gak hehe

Hafiza AizZawa said...

mmg cantik la..

Farhana Azman said...

cantiknya gelang nie >.<

HURAIZAH ZAKARIA said...

Rasanya pandora ini hebat sebab promosi. Kalau diikutkan lagi bagus beli batu tourmaline, buat gelang ke, cincin. Ada juga bekalan FIR nya. Dengan seribu hengget, boleh beli cincin emas sebentuk. Sediakan payung sebelum hujan. Tapi, kalau payung dah banyak, beli pandora apa salahnya. hehehhe..

Nor Hayati said...

nak tanya boleh x macam mana nak tempah gelang pandora ni saya minatlah

Nor Hayati said...

alllaa saya pon nak jugak ni macam mana nak dapat kan gelang pandora ni

Ida said...

berminat dengan gelang pandora..jom tengok blog ini...http://pailletecloset.blogspot.com/

Ida said...

berminat dengan gelang pandora ini...jom ke blog ini...http://pailletecloset.blogspot.com/

sarah delyla said...

Saya beli bracelet ori tapi charm tak mampu sebab mahe sangat setiap satu.. Nasib terjumpa blog ummi, dpt charm inspired pun ok je hihi