06 February 2014

Throwback Adam Khaalish's Birthday Celebration

Assalamualaikum..

harini adalah entry versi terobek bak kata orang melayu

03 Mac 2014 ni genap la Adam 4 tahun. Dah besar dah anak Ummi ye.. errr penah ke nampak kecik ?
So Ummi plan tahun ni nak celebrate kat rumah je. Ummi nak bake sendiri cake Adam. Ada la beberapa menu yang bermain-main di kepala otak ni. Benda kita boleh buat sendiri kan. Tapi itu pun kalau Ummi ada masa la ye Adam. Tapi Insya Allah Ummi akan cari masa tu.

Jom throwback balik Adam punya birthday celebration.

*********************************************

Adam Khaalish 1st Birthday 

masa ni Ummi dan Walid duduk jauh. Ummi dengan Adam kat Ampang dan Walid kerja kat Ipoh. 
setiap sebulan sekali mesti Ummi akan balik Batu Gajah. Masa Ummi kat Ampang Ummi dah siap google mana2 baker yang boleh amik order tru online ni. Ummi just order pakai email je hehe. Sampai Batu Gajah Ummi ajak Walid pergi amik kek kat rumah akak ni kat Ipoh. 

Ummi dan Walid tak sambut besar2 pun. Cuma panggil sedara2 walid datang makan je. Pasal makan, semua Opah Adam yang setelkan. Walid just bagi duit je. Tapi Ummi godek2 gambar tak de pulak Ummi snap gambar makanan tu hehehe



*****************************************

Adam Khaalish 2nd Birthday 

Kali ni Ummi celebrate dengan family Ummi. Tempat ni memang favourite sangat nih. Kemensah. Air sungai dia suam2 kuku je. Tak silap rasanya kitorg dah nak masuk 10x pun ada mandi sini. 

Adam Khaalish + PakLang




********************************************

Adam Khaalish 3rd Birthday 

Okay...kali ni ada kezutan pulak buat Adam hehe..memang Adam terkejut sangat pun masa ni. Dia tak tahu yang family Opah KL (nanti Ummi cerita pulak mana datang panggilan Opah KL ni ye) dia nak datang. Ummi dengan walid bawa Adam makan kat KFC Jusco Station 18. Masa ni la Opah KL, Tok Ayah, MakNgah, Maksu datang bawak kek. Kek pun beli depan KFC tu je. 

Adam ni cucu sulung dalam family Ummi so manja dia memang lain macam la.

tu la kereta oren yang Adam suka sangat tu. 
************************************************





So untuk plan birthday Adam yang ke 4 ni nanti la Ummi cerita next entry ye. 

* Ummi tengah tunggu Adam bangun. Nak pergi pasar. Walid request Daging Masak Kicap 

No comments: