05 February 2014

Tarif Premium Insurans Motor 2014 dan Cara Pengiraan


google
Assalamualaikum.

Pagi tadi Walid bagitau Ummi pasal harga insurans kereta dah naik start tahun ni. Ummi pun macam...ermmm okay~~ hahaha Yang Ummi tau tiap2 bulan May setiap tahun Ummi hidupkan road tax. Itu pun mintak tolong kat MakNgah Adam. Memang senang banyak. Tugas Ummi just sediakan duit, pastu dapat road tax baru terus tampal. Abis cerita.

Tapi disebabkan Walid dah bersuara macam tu, saje la Ummi cari info pasal insurans kereta ni. Untuk rujukan sendiri jugak. Tapi bila selesai baca, still tak faham. Biasa la pompuan kan...ke Ummi je yang amik remeh ? ye la..naik lah macam mana sekali pun, kita still kena hadap jugak.

So kat bawah ni petikan yang Ummi amik dari blog MYVITRD

***************************************************

Semalam telah diumumkan pelarasan baru untuk tarif premium Insurans Motor 2014 olehBank Negara Malaysia (BNM) yang mana melihatkan sedikit peningkatan tarif dari RM2 ke RM23 yang akan berkuatkuasa pada 15 Februari 2014. boleh rujuk jadual yang diberikan di atas.
Contoh Pengiraan sebuah kereta baru yang diinsurans dengan harga RM 50,000
Harga yang diinsuranskan – RM 50,000
Kapasiti enjin (cc) – 1,300
Tarif baru untuk nilai RM1,000 pertama – RM 261.55 (rujuk jadual)
Setiap tambahan RM1,000 akan dikenakan – RM 26.00
Baki RM49,000 bagi kenderaan diatas akan dikenakan bayaran – RM 1,274,00 (49 * RM26)
Jumlah harga polisi bagi kenderaan diatas – RM 1,535.55 (RM 261.55 + RM 1,274.00)
** Harga diatas tidak termasuk Duty Setem yang akan dikenakan. 
** Bagi kenderaan yang telah digunakan lebih setahun harga premium mungkin akan kurang setelah ditolak dengan NCB yang diperolehi.
25% diskaun untuk tahun kedua
30% diskaun untuk tahun ketiga
38.33% diskaun untuk tahun keempat
45% diskaun untuk tahun kelima
55% diskaun untuk tahun keenam

** Pengiraan diatas berdasarkan pemahaman penulis, sekiranya cara pengiraan diatas tidak tepat harap diperbetulkan…

**********************************************

pemahaman penulis tu merujuk kepada pemahaman blogger MYVITRD la ye. Sebab kan dah bagitahu awal2 tadi memang Ummi tak kan paham. Tau bayar je hehehe

** tertarik pada satu komen brother myvitrd ni "Diberi sikit, Ditarik sikit"


No comments: