18 February 2014

Cara Susutkan Bilangan Pakaian

Assalamualaikum

Ummi tengah tunggu Walid balik ni. Sup Ikan yang Ummi ceritakan tadi dah siap. So sementara tungu Walid balik apa kata kita tengok cara Ummi menyusutkan bilangan baju yang ada dalam almari

hehehe ~~ ye la sangat la tu kan Ummi. Betul ke pun da surut ?

Ada dua cara sebenarnya. Ini yang Ummi buat lah.
Share la cara korang pulak macam mana.

1. Jual Balik


Ini koleksi pakaian Ummi yang Ummi jual balik. Selalu barangan pre-loved ni mesti dalam kualiti yang masih elok. Jual pun bukan mahal pun. Tak lebih dari Rm 30
Ye lah daripada kita tak pakai. Baik jual. Boleh jugak menambahkan angka dalam akaun bank tu. takde lah nak tunggu gaji baru lah nak tengok penambahan nombor kat akaun bank tu kan.

Pada sesiapa yang berkenan nak beli baju pre-loved Ummi ni boleh jengah ke Instagram Ummi ye >> lovekhaalishgarage

2. Derma kepada yang memerlukan 

haaa~~ ini adalah satu cara yang sangat suci murni giteww~~
kat rumah Ummi ni memang da siap asing baju2 dengan tudung yang Ummi tak nak pakai. Tu la Ummi ni, kalau bab membeli memang tak ingat apa dah. Bila dah menimbun mula la rimas pastu masa tu lah terdetik di hati tak nak shopping dah, tak nak beli apa2 dah, tapiiiii nan hado !!

Baru2 ni ada seorang chinese man datang rumah siap bawak lori. 




Ada sorang chinese man ni bagi satu risalah dari rumah ke rumah.


Ummi just dengar chinese man tu cakap "derma pakaian" je. Ummi laju je pergi amik satu bag guni dalam bilik. Dalam tu penuh tudung, baju kurung pun ada. Size Ummi la semua tu. Sekali bila bagi barang baru nak baca risalah tu.
Lahhh untuk bebudak rupanya. Tapi tanya jugak kat chinese man tu, tak pe ke? Dia kata okay okay..tak ada masalah ~~

Alhamdulillah.
so pada yang duk Perak area Batu Gajah tu boleh la call nombor dalam risalah tu kalau nak dermakan baju bebudak


nota kaki : Ummi ada banyak baju Adam masa Adam baby. Nak bagi orang macam sayang sebab kenangan semua tu. walaupun ada baju yang dah turun colour.

1 comment:

Azhafizah Md Nor said...

bagus cara ni..dari tak guna lansung