18 February 2014

Cara Susutkan Bilangan Pakaian

Assalamualaikum

Ummi tengah tunggu Walid balik ni. Sup Ikan yang Ummi ceritakan tadi dah siap. So sementara tungu Walid balik apa kata kita tengok cara Ummi menyusutkan bilangan baju yang ada dalam almari

hehehe ~~ ye la sangat la tu kan Ummi. Betul ke pun da surut ?

Ada dua cara sebenarnya. Ini yang Ummi buat lah.
Share la cara korang pulak macam mana.

1. Jual Balik


Ini koleksi pakaian Ummi yang Ummi jual balik. Selalu barangan pre-loved ni mesti dalam kualiti yang masih elok. Jual pun bukan mahal pun. Tak lebih dari Rm 30
Ye lah daripada kita tak pakai. Baik jual. Boleh jugak menambahkan angka dalam akaun bank tu. takde lah nak tunggu gaji baru lah nak tengok penambahan nombor kat akaun bank tu kan.

Pada sesiapa yang berkenan nak beli baju pre-loved Ummi ni boleh jengah ke Instagram Ummi ye >> lovekhaalishgarage

2. Derma kepada yang memerlukan 

haaa~~ ini adalah satu cara yang sangat suci murni giteww~~
kat rumah Ummi ni memang da siap asing baju2 dengan tudung yang Ummi tak nak pakai. Tu la Ummi ni, kalau bab membeli memang tak ingat apa dah. Bila dah menimbun mula la rimas pastu masa tu lah terdetik di hati tak nak shopping dah, tak nak beli apa2 dah, tapiiiii nan hado !!

Baru2 ni ada seorang chinese man datang rumah siap bawak lori. 




Ada sorang chinese man ni bagi satu risalah dari rumah ke rumah.


Ummi just dengar chinese man tu cakap "derma pakaian" je. Ummi laju je pergi amik satu bag guni dalam bilik. Dalam tu penuh tudung, baju kurung pun ada. Size Ummi la semua tu. Sekali bila bagi barang baru nak baca risalah tu.
Lahhh untuk bebudak rupanya. Tapi tanya jugak kat chinese man tu, tak pe ke? Dia kata okay okay..tak ada masalah ~~

Alhamdulillah.
so pada yang duk Perak area Batu Gajah tu boleh la call nombor dalam risalah tu kalau nak dermakan baju bebudak


nota kaki : Ummi ada banyak baju Adam masa Adam baby. Nak bagi orang macam sayang sebab kenangan semua tu. walaupun ada baju yang dah turun colour.

Live from Dapur Ummi

Haaa cepat2 teka apa menu untuk harini ?
Dah nampak sup bunjut terbunjut disitu harus la Sup Ikan Merah tajuk ceritanya harini.
Balance ikan dari buat Kari Ikan haritu ada lagi.
Tapi bahan tak cukup lah. Mana sedap sup tak de ubi kentang.
Nak start enjin kereta nak ke kedai sekupang tu adoii bercinta rasanya
Cuaca sekarang ni lain macam.
Panas membahang
Nak keluar rumah pun takut.
Tapi best bab sidai kain. Setengah jam pun boleh kering dah.


17 February 2014

Ini ~~ Adalah sedap nak arwah !!



Assalamualaikum

Memperkenalkan ~~
(drum roll)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Caramel Series Poco Gourmet Popcorn 

ini memang lah sangat menyedapkan nye hadoyyyyy
( ikut cara Johan RajaLawak cakap )

Kalau pernah baca entry bab menternak lemak kat SINI mesti tahu pasal Garret Popcorn yang jual dekat KLCC nun. Tapi disebabkan Ummi dah pindah duduk Batu Gajah ni, beli je la Popcorn kat pasar malam. Pastu duk la sibuk terkuis2 cari yang gelap2 ckit sebab nak manis huhuhu

Tapi sekarang tak payah pergi beli mahal2, jauh2 kat KLCC nun

Kat All About Popcorn ada segalanya~~ ( ayat memang tak boleh blah )

Ni details berkenaan Popcorn tersebut

1 set of Poco Popcorn :


Classic Caramel
Classic caramel with Almond
Classic Caramel with Walnut
Classic caramel with Hazelnut

1 set : 4 tin : 4 perisa
RM 25.00
postage : RM 6 / RM 10

Jadi .. kepada sesiapa yang berminat nak beli boleh whatsapp 0166661481


08 February 2014

LoveKhaalish Garage Khaalishawl

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan, Ummi ada online shop yang hanya hangat2 tahi ayam hehhe
LoveKhaalish Garage nama diberi. Dah kenapa macam nak berpantun ?

Berkaitan dengan entry koleksi shawl pagi tadi, so nak promote lah shawl yang ada dalam koleksi LoveKhaalish Garage.

Pada sesiapa yang berminat boleh

whatsapp/sms 0166661481
email : nissairna@gmail.com

***********************************
Khalishawl 
Printed Wide Shawl 
Size : 110cm x 180cm 
Material : Cotton Polyster
RM 20.00
free postage




NOTA KAKI : 
pada yang berminat nak beli borong, adalah amat dialu2 kan ~~

My Collections Of Shawl Shawl Shawl

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT PAGI

Harini nak bercerita pasal trend tudung yang Ummi selalu pakai. Sebelum ni ada cerita pasal trend TUDUNG BAWAL kan. So kali ni pasal selendang ataupun lagi senang panggil shawl.

Sebenarnya pakai shawl ni lagi senang dari pakai tudung bawal. Sebab kalau tudung bawal mesti nak kena iron dulu. Lepas tu bila dah pakai mula la mulut ni duk tiup2 kat kepala tudung tu kasi dia terletak. Tapi ada satu alat ni nak kasi tudung bawal ni elok je terletak. Ehhh ni nak cerita pasal tudung bawal ke shawl ni? Okay lah..alat tu next entry kita sambung cerita ye.

Shawl ni senang bukan apa. Just letak atas kepala lilit dalam dua kali. Pin pun tak banyak pakai. Nak iron pun tak payah. Tapi tu bergantung pada jenis shawl yang kita pakai.

Ni antara gambar2 koleksi shawl. Dah tak nak beli lagi dah ..tobat~~~



 
Ummi love Adam Khaalish sooooo much 


Haaaa banyak tak ? ni pun ada lagi ni tapi rasa cam banyak gila pulak nak upload kan.

pada sesiapa yang nak bershawl, nak berlilit2 boleh lah jengah ke LoveKhaalish Garage ye.
Ada banyak Printed Wide Shawl yang boleh dipilih .

nota kaki :
 Walid outstation ke KL. Ummi masak kuewtiau goreng je tengahari ni sebab Ummi baru lepas cabut gigi T_T

06 February 2014

Throwback Adam Khaalish's Birthday Celebration

Assalamualaikum..

harini adalah entry versi terobek bak kata orang melayu

03 Mac 2014 ni genap la Adam 4 tahun. Dah besar dah anak Ummi ye.. errr penah ke nampak kecik ?
So Ummi plan tahun ni nak celebrate kat rumah je. Ummi nak bake sendiri cake Adam. Ada la beberapa menu yang bermain-main di kepala otak ni. Benda kita boleh buat sendiri kan. Tapi itu pun kalau Ummi ada masa la ye Adam. Tapi Insya Allah Ummi akan cari masa tu.

Jom throwback balik Adam punya birthday celebration.

*********************************************

Adam Khaalish 1st Birthday 

masa ni Ummi dan Walid duduk jauh. Ummi dengan Adam kat Ampang dan Walid kerja kat Ipoh. 
setiap sebulan sekali mesti Ummi akan balik Batu Gajah. Masa Ummi kat Ampang Ummi dah siap google mana2 baker yang boleh amik order tru online ni. Ummi just order pakai email je hehe. Sampai Batu Gajah Ummi ajak Walid pergi amik kek kat rumah akak ni kat Ipoh. 

Ummi dan Walid tak sambut besar2 pun. Cuma panggil sedara2 walid datang makan je. Pasal makan, semua Opah Adam yang setelkan. Walid just bagi duit je. Tapi Ummi godek2 gambar tak de pulak Ummi snap gambar makanan tu hehehe



*****************************************

Adam Khaalish 2nd Birthday 

Kali ni Ummi celebrate dengan family Ummi. Tempat ni memang favourite sangat nih. Kemensah. Air sungai dia suam2 kuku je. Tak silap rasanya kitorg dah nak masuk 10x pun ada mandi sini. 

Adam Khaalish + PakLang




********************************************

Adam Khaalish 3rd Birthday 

Okay...kali ni ada kezutan pulak buat Adam hehe..memang Adam terkejut sangat pun masa ni. Dia tak tahu yang family Opah KL (nanti Ummi cerita pulak mana datang panggilan Opah KL ni ye) dia nak datang. Ummi dengan walid bawa Adam makan kat KFC Jusco Station 18. Masa ni la Opah KL, Tok Ayah, MakNgah, Maksu datang bawak kek. Kek pun beli depan KFC tu je. 

Adam ni cucu sulung dalam family Ummi so manja dia memang lain macam la.

tu la kereta oren yang Adam suka sangat tu. 
************************************************





So untuk plan birthday Adam yang ke 4 ni nanti la Ummi cerita next entry ye. 

* Ummi tengah tunggu Adam bangun. Nak pergi pasar. Walid request Daging Masak Kicap 

Review Jujur : Fresh From Lazada


Assalamualaikum

yeayyy~~~~ barang Ummi da sampai. Ummi memang kaki shopping online. Setengah orang maybe agak tak yakin kalau nak beli online nih. Tapi kena pandai la kan. Kita kena rajin tengok review2 buyer2 sebelum2 ni dengan online shop tu. Setakat ni Alhamdulillah la. Tak pernah lagi kena tipu. Tapi kes tersalah size tu biasa la.

Sebelum ni Ummi rajin jugak survey harga barang2 kat Groupon. Selalu kat Groupon ni kalau nak pergi bercuti memang bagus la. Ummi pernah beli tiket ke Gambang tapi jual tiket tu kat kawan sebab Ummi tak dapat cuti. Sedih betul.

Kali ni try Lazada pulak. Ummi beli Kamera Nikon Collpix L27. Purple colour lagi you ~~
Harga RM 199
Memang tiptop servis Lazada ni. Penghantaran 1-2 hari bekerja je. Itupun bergantung pada jenis barang la. Free postage yang Ummi suka tu.

Kat Lazada ni macam2 ada. Dari barang2 rumah, komputer, barang2 baby , ishhhhh macam2 lah ~~

Disebabkan servis yang super duper best Ummi dah siap ada wishlist dalam akaun Lazada tu. So lepas ni kalau nak beli barang yang ada dalam wishlist tu just click je. Tak payah nak cari2 lagi. Tapi itu pun kalau barang tu still avalaible la.


Ummi punya wishlist. Paling nak (ada ek ayat 'paling nak' ni?) pressure cooker tu. 


lepas ni tak payah dah nak penuhkan folder handphone tu. Tapi kalau nak selfie kena jugak pakai kamera handphone hehehe


* Ummi update blog sambil Walid dengan Adam melayan cerita Abang Jebat 

05 February 2014

Tarif Premium Insurans Motor 2014 dan Cara Pengiraan


google
Assalamualaikum.

Pagi tadi Walid bagitau Ummi pasal harga insurans kereta dah naik start tahun ni. Ummi pun macam...ermmm okay~~ hahaha Yang Ummi tau tiap2 bulan May setiap tahun Ummi hidupkan road tax. Itu pun mintak tolong kat MakNgah Adam. Memang senang banyak. Tugas Ummi just sediakan duit, pastu dapat road tax baru terus tampal. Abis cerita.

Tapi disebabkan Walid dah bersuara macam tu, saje la Ummi cari info pasal insurans kereta ni. Untuk rujukan sendiri jugak. Tapi bila selesai baca, still tak faham. Biasa la pompuan kan...ke Ummi je yang amik remeh ? ye la..naik lah macam mana sekali pun, kita still kena hadap jugak.

So kat bawah ni petikan yang Ummi amik dari blog MYVITRD

***************************************************

Semalam telah diumumkan pelarasan baru untuk tarif premium Insurans Motor 2014 olehBank Negara Malaysia (BNM) yang mana melihatkan sedikit peningkatan tarif dari RM2 ke RM23 yang akan berkuatkuasa pada 15 Februari 2014. boleh rujuk jadual yang diberikan di atas.
Contoh Pengiraan sebuah kereta baru yang diinsurans dengan harga RM 50,000
Harga yang diinsuranskan – RM 50,000
Kapasiti enjin (cc) – 1,300
Tarif baru untuk nilai RM1,000 pertama – RM 261.55 (rujuk jadual)
Setiap tambahan RM1,000 akan dikenakan – RM 26.00
Baki RM49,000 bagi kenderaan diatas akan dikenakan bayaran – RM 1,274,00 (49 * RM26)
Jumlah harga polisi bagi kenderaan diatas – RM 1,535.55 (RM 261.55 + RM 1,274.00)
** Harga diatas tidak termasuk Duty Setem yang akan dikenakan. 
** Bagi kenderaan yang telah digunakan lebih setahun harga premium mungkin akan kurang setelah ditolak dengan NCB yang diperolehi.
25% diskaun untuk tahun kedua
30% diskaun untuk tahun ketiga
38.33% diskaun untuk tahun keempat
45% diskaun untuk tahun kelima
55% diskaun untuk tahun keenam

** Pengiraan diatas berdasarkan pemahaman penulis, sekiranya cara pengiraan diatas tidak tepat harap diperbetulkan…

**********************************************

pemahaman penulis tu merujuk kepada pemahaman blogger MYVITRD la ye. Sebab kan dah bagitahu awal2 tadi memang Ummi tak kan paham. Tau bayar je hehehe

** tertarik pada satu komen brother myvitrd ni "Diberi sikit, Ditarik sikit"


04 February 2014

Header Baru Kasi Semangat


Header lama

dah berkurun pakai header yang sama.
Dah tiba masa untuk bertukar !!
dengan kuasa bulannn akan menghukummu ~~
ehh tetiba..
mana yang sama umur dengan Ummi mesti tahu itu ayat dalam cite kartun apa kan.



So diharap dengan adanya header baru ni akan bertambah semangat la Ummi menghupdettt blog ni ye~~

TREND PANDORA..Tepuk Pocket,Tanya Wallet

Assalamualaikum.

Ummi tengah tak boleh tidur. Maybe sebab dah tidur petang tadi. 
So mari mengisi waktu dengan clearkan gambar dalam handphone tu. Dah banyak sangat snap so tiba masa nak abadikan dalam blog ni. 
wah~~ ayat tak leh nak skema lagi ke?

Sekarang ni tengah in trend Pandora kan. Kalau kat Instagram memang bersepah la duk jual gelang ni. cari je kat hashtag Pandora, berjuta kot yang dah ada gelang ni. Antara original dengan fake je.

google

Pandora ni best sebab kita yang sendiri create. Create maksudnya kita yang tentukan design apa yang kita nak bergantung pada charm yang kita pilih. Setiap charm ada maksudnya tersendiri. Contoh macam kat bawah ni.

google

1st kena beli la bracelet dia then baru la beli charm2 dia. Yang jenis memang collect original Pandora rasanya memang addict kot nak tambah2 charm setiap bulan. And pada yang just beli da fake one macam ahhkak ni ha~~ korang beli je la satu set terus. 

google

Yang original satu charm je anggaran RM 150- RM 300. uishhh botak kepala macam ni. Bracelet saje dah RM 350 tak silap. So kalau beli Original Pandora pun paling cikai harga RM 1500 la. Itu pun kalau charm korang dalam 3-4 bijik camtu. 

So nak dipendekkan cerita, (dari tadi duk bercerita, baru ni nak pendek??) Ummi start minat Pandora ni bila tengok Mastura dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu la. Tapi memang tak la kan nak beli yang original. Pada pendapat Ummi baik Ummi beli gelang emas. Memang tak minat pakai emas tapi boleh je nak simpan. Yang penting nilai emas tu.

Ummi beli Fake Pandora kat seller Instagram ni. Ada la dalam 4 charm Ummi beli sekali dengan safety lock and bracelet dia. Ala satu charm baru RM 5.00. Bracelet pulak baru RM 6.00 hehehe ~~ Masa Makngah Adam datang sini, Ummi ajak pergi Gerbang Malam Ipoh nak cari bracelet sebab yang Ummi beli agak kecik. Bracelet tu Ummi bagi kat Maksu je. 


yang ni Ummi dengan Maksu punya.


yang ni pulak Ummi and Makngah 


So tanya pocket uollss la ye. Antara korang nak beli Original Pandora atau the fake one. Pada yang mampoooo nak beli Original Pandora ni jangan la uollss pandang macam tak puas hati pulak kat iolss yang beli Inspired punya ni je ye~~ Sendiri punya wallet so sendiri punya pilihan kan.

And pada yang nak beli Inspired Pandora ni boleh tengok kat seller ni ~~ Glam By Syra

ni antara yang seller ni jual kat Instagram beliau. Klik gambar kalau nak terus ke Instagram beliau. Ni promosi tak berbayar ye..saje nak share je. Untuk rujukan diri sendiri jugak hehe~~



* pasni tak kira, nak cari jugak leather bracelet tu.


03 February 2014

Kisah Si Rambut Cendawan

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Selamat Bercuti.
Selamat Bekerja.
Selamat Berblogging 
hehe~~

Awalnya Walid pergi kerja harini. Ummi pulak off day harini. Ingat nak bawak MakNgah, Tok Ayah and Maksu breakfast kat our favourite place. Kedai Cho Ila Kampung Sentang. Kedai ni memang special. Even servis agak lambat tapi menu adalah paling sedap. Laksa dia memang thorrrrbaaik. Next entry nanti Ummi cerita pasal hal makan-makan ni ye.

Harini nak cerita pasal Adam Khaalish. Sebab pagi2 ni Ummi duk tengok gambar2 kat Laptop ni. ada pulak koleksi hairstyle Adam hehe. Jom layan gambar2 nostalgia ni. 


 alolololo geramnya masa ni. Tak silap masa ni Adam belum lagi setahun. Baru nak belajar berjalan. Tengok je badan camni tapi berjalan laju je ni. 


 Rambut ada panjang sikit. Muka mesti nak berkerut kan. Eh ehhhh kemasnya bilik Adam. macam mushkil pulak bilik Adam kemas macam ni. 


Rambut da panjang da. Ummi tak nak potong hehehe..masa ni pengasuh Adam panggil rambut Adam rambut cendawan. Ummi memang tak penah nak bawak Adam pergi saloon. Sebab Adam takut kat benda mesin tu. Ala yang bising tu duk seluk2 rambut tu. Adam takut pun sebab dengar time Walid potong rambut,

Nak tengok rambut cendawan paling rare??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 tadaaaaa~~~~~
(kalau ada sound effect Minions best gak ni)






hahahha adoi la lawak gile bila tengok balik. Tapi seriously memang rambut ni la jadi trademark Adam. Adam Si Rambut Cendawan. Apa la pengasuh Adam ni kasi nama tak glamour betul tau. 

So Adam pun da masuk 4 tahun da tahun 2014 ni. Kena la ada anjakan paradigma pada diri kan. Aicehhhhh!


haaa~~~ Abang2 sangat kan..Adam kalau part bergambar memang serah je la kat dia. Memang ada bakat terpendam tau nak jadi model. hehehe model la sangat kan. 


ni masa pergi Penang


snap depan rumah je

haaa. betul tak ?ada gaya tak ?
poyo kan anak saya~~
hehehe

01 February 2014

Organizing Plan

Assalamualaikum

Sekejapnya dah masuk bulan Februari 2014 ni. Pagi ni masuk kerja dan alhamdulillah tak de lah sibuk mana. Ada la dua tiga perkara je. So boleh lah Ummi menyibukkan diri meng-update blog ni. Takde lah bersawang lama2 kan. 

Tapi untuk entry ni takde la gambar2 sebab update pun pakai PC kat tempat kerja.

Harini blogwalking kat blogger2 kaki susun atur barangan rumah. Adoi lah..tengok cara dorang susun semua barang2 dari sekecik alam dari ke besor gedabak, rasa segan gila. Tau je lah rumah Ummi tu dah macam apa je. Kemas pun masa ada mood je. Ini pun Walid tolong kemaskan kalau Ummi nampak macam malas hehehe ~~ Thanks Walid

Mulai sekarang nak mulakan azam baru. Dah masuk bulan Februari baru lah start tanam azam bagai ye Ummi. Part paling menjadi tumpuan adalah dapur tu. Tapi disebabkan duduk rumah sewa kan. So agak terbantutlah usaha nak buat semua ni. Kalau rumah sendiri memang laju je sebenarnya. 

Jom kita terjah kakak2 kita nih~~ Seronok woo datang blog dorang ni. Mula lah rasa semangat waja nak meng-organised kan rumah sendiri. Ummi dah siap2 masukkan Bloglist akak2 kat side sebelah ni. Senang kalau nak refer kan.