31 January 2014

Air Tangan

Assalamualaikum.

amboihh tajuk entry petang ni ..
cuti raya cina tahun ni Makcik2 and Tok Ayah Adam datang Batu Gajah ni
so baru lah berasap dapur Ummi tu . Bukannya Ummi malas masak ye..tapi faktor kesibukkan kerja Ummi sebab Ummi kerja shift so agak penat sikit.. Lagi satu, Walid pun bukan makan nasi waktu malam
jaga badan katanya ~~~

Thanks Walid sebab faham kesibukkan kerja Ummi
Thanks sebab tolong Ummi basuh,sidai dan lipat kain
Thanks sebab tolong ringankan beban Ummi
Thanks sebab bagi pinjam portable Wi-Fi dari handphone Walid
ehh tetiba kantoi ...hehehhehe

Cadangnya harini nak pergi Gua Tempurung. Tapi dah memasing pun bangun lambat. Semalam pun da balik pukul 2 pagi . Bawak Makcik2 Adam pergi dataran Ipoh and singgah Gerbang Malam

Pagi2 ni Ummi ajak Walid pergi pasar..agak lewat jugak. Dalam jam 10 baru sampai pasar.
Sarapan semua dah abis. alang2 Ummi beli barang2 nak masak sarapan dan makan tengahari

Simple je lauk yang Ummi masak. Tok Ayah Adam pulak tak makan ayam so Ummi gorengkan ikan je..


Ayam Masak Kicap 

Tumis Kancang Panjang
Ummi memang respect la kat Sifu Dapur Ummi kak Azlita Masam Manis kalau bab snap gambar masakan beliau. Tengok gambar pun da sampai nak melekat muka kat laptop ni. Kalau masakan dia ada depan mata macam mana la gamaknya ye~~

* ikan kembung sekilo RM 14 ... haiyoooo ada akai ka mahal sangat nih ???

27 January 2014

Him..

Dear Husband,

In all the world there is no heart for me like yours
In all the world there is no love for you like mine

- your  lovely  sweet Wife -

Assalamualaikum.

Lately ni Walid da suka bukak blog Ummi..habis sume entry lama2 Ummi,Walid da baca..
Lambat la Walid ni..

Harini rasa nak berjiwang lak hehehe

Ni mesti Walid baca ni mesti dia sengih sorang2

26 January 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum. 



Pagi-pagi buta Ummi duk meng-update blog kan. Tak kisah la..sambil-sambil menahan pedih mata menahan rasa mengantuk ni.

Tengah rajin blogwalking sampai lenguh-lenguh kaki ni, tersangkut pulak kat blog cik Adik manis sorang nih.

Ini memang special nih. Selalu birthday girl dapat hadiah..tapi ni birthday girl yang nak kasi hadiah.
Hadiah pulak bukan calang-calang.

Satu usaha yang murni dik. So pada anda,anda dan anda yang nak join boleh lak klik banner kat bawah ni yer. Kalau takde rezeki nak menang pun, uollss still dapat hadiah tau.

Jom2 join GA SiHatiMerahJambu ni



Happy Birthday In Advance Si hati Merah Jambu !!
semoga happy selalu, dimurahkan rezeki

19 January 2014

Levitasi..apakah ?

Levitate
Levitation
Levitasi

Apa benda makna perkataan kat atas ni?

Levitasi ni satu teknik fotografi yang membuatkan sesuatu atau seseorang nampak macam seolah-olah melayang tanpa menggunakan apa2 alat atau editing gambar

Haaa~~~ skema gila ayat aku nih

Gambar levitasi tanpa editing ni boleh dibuat sesiapa je yang melompat dan berpose  seolah-olah macam melayang

*dah kenapa ayat seolah2 ni cam diulang2??

Jom tengok contoh levitasi yang Ayah Uda Adam duk sibuk update kat Instagram beliau

Trip Ke Pulau Pinang

Cuti hujung tahun 2013 ke Pulau Pinang kita ~~~
Walid tak ikut sebab kerja and cuti Walid pun dah abis

Jom layan gambar2 yang sempat disnap kat sana..
snap pakai handphone je pun..


Atas feri mahu ke Pulau ~~

Miami Beach Batu Feringghi 


highly recommended
War Museum Batu Maung


Swimming Pool
tempat kitorg menginap
pastu kena halau sebab tatacara pemakaian tidak menepati syarat yang ditetapkan
cisss kalau kitorg pakai bikini memang menepati sangat la kan~~~~



paling suka gambar nih ~~
buku2 kat atas rak tu original dari zaman jajahan Jepun lagi tu 




kalau tak poyo bukan Adam Khaalish la kan ~~


sempat lagi berinai
Night Market Batu Feringghi 

sebenarnya banyak je lagi tempat2 menarik yang kitorg pergi 
memang 3 malam tak habis nak bercerita ~~



17 January 2014

Blog Bersawang Itu Normal

Iye.....normal.
Tapi..kalau dah bertahun ianya bersawang, masih normal kah ?

Lu pikir la sendiri Nissa Irna

Hahaha

Last update July 05, 2013

Sejak pakai Samsung Tab la ni..memang terus tak bukak Mr.Lappy

Plus sekarang ada Instagram
So semua aktiviti Ummi, Walid and Adam semua update kat Insta..

Ok xpe2. .pasni ingat nak aktif balik berblogging..

Sebab dah download application Blogger

Hehehe senang banyak la lu Ummi