21 May 2012

Takdir Itu Milik Aku by Siti Rosmizah

weeee ~~~~
sudah puas tangan ini mendail semua contact number store Popular seluruh KL dan Selangor...
semua store bagitahu yang buku ni belum masuk store dan hanya dijual masa Pesta Buku kat PWTC aritu..
sadisnyeeee..
tapi jangan risau sebab ada penyelesaiannya....

hanya pergi ke website SR PUBLICATION
dan boleh lah buat pembelian online

senang kan??


ribuan terima kasih kepada staff SR PUBLICATION kerana memenuhi permintaan saya yang meminta tandatangan dari penulis Siti Rosmizah..

dapat je parcel dari abang posmen terus bukak laju2 dan selak buku nak tengok ada tak sign Siti Rosmizah...
siap ada kata2 hikmah lagi hehehe

ok review untuk novel Takdir Itu Milik Aku
ianya adalah sangat2 bes !!
10 bintang !!
hasil nukilan Siti Rosmizah tak pernah lagi menghampakan..


kalau nak tengok himpunan buku-buku dari Siti Rosmizah yang ummi da baca boleh lah tengok kat sini

14 May 2012

cerita kami di satu minggu

alhamdulillah..
Proton Saga FLX kami da selamat sampai ke tangan..
tak perlu lagi Ummi and Adam merempit naik motor..

sejak hilang kereta akhir bulan January lalu, susah jugak nak bergerak ke mana-mana
bila nak berjalan, bayar public transport teksi dan train rasa menggigil...
baik lah duit tu bayar duit minyak kereta sendiri..
teksi tu, letak punggung je da RM 3..

putih itu suci

trauma da pasal kete hilang .. so stereng lock adalah penting !!

********************************************************

12 May 2012
Wedding Nana Mentos owner IslamioParadise
dapat jumpa kawan2 yang lama tak jumpa..
kami Ex Convent Sentul ~~

with A'a , Marsya , Mazni and anak A'a  

congrats Nana...sangat cantikkkk..


Nana dan Encik Suami beliau..
Nana, semoga hubungan kalian dirahmati Allah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..


************************************************

13 May 2012
Genting Highland !!

Walid untung lahhh...sebab masuk free..Happy Birthday Walid..
Adam pun free jugak..
so bayar tiket untuk Ummi je la..RM 50
tak ramai orang pun kat atas ni..

on our way to Genting Highland

ok da sampai ~~




okay....tengok map lagi mana nak pusing lagi..


nak masuk Dinosaurland ~~



badan Ummi and Walid sangat2 sakit sebab Adam penat berjalan then asyik mintak dukung je...
badan tu agaknya dia ingat sekilo dua je kot..

so lepas ni berjalan lah ke mana pun, stroller Adam akan Ummi bawak...
da tak larat da nak berdukung bagai ~~
Adam pun memang nampak tak sihat aritu...
badan da mula panas serta hidung yang tersumbat..
hurm..package tu...

balik rumah Adam demam !!

selesai da aktiviti kami satu beranak....
Walid pun da selamat sampai ke Batu Gajah...
take a good care Walid..

08 May 2012

Kolaborasi antara Yuna dan TokTi

Tadi tengah rajin2 kan diri membaca tweets2 di TWITTER, terpandang tweets antara Yuna dan Dato' Siti Nurhaliza...

Sooo...agaknya lagu macam mana ye akan diilhamkan oleh si manis Yunalis Zarai ni kepada TokTi..?

Ummi memang minat sangat dengan dua jelitawan ni..kolaborasi mereka berdua memang ngam...sebab ada tengok persembahan dorg dalam 1 event nyanyi lagu Dan Sebenarnya..dan suara TokTi time adalah sangat2 mengusik jiwa..sangat classic !!

Yuna pula ada keistimewaan dengan hasil nukilan yang bersahaja dan suara yg unik ..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UPDATE : ni yang sempat Ummi capture kat Twitter Siti Nurhaliza dan Yuna