30 January 2012

traVelog Lah koNon ~~~

hahahha tajuk entry tak leh blah je~~
cuti di apply selama 7 hari da sudah diapproved..
nak tau ke mana lokasi pengambaran percutian bagi nak abiskan duit hari cuti tu??

jom jalan2 tengok gambar ~~

LOKASI : PADANG BESAR ( sile sebut padang besaQ )

jangan salah faham~~
semua bag plastik ni adalah kepunyaan Walid.......
seriously !!

senapang yang dibeli oleh uncle mizi
(mana tah boleh jumpa si dedor mizi ni kat sini !! )

ini je la barang yang dibeli kat Padang Besar ni...
ehehehehhe
alhamdulillah~~ Ummi Adam da dapat kawal nafsu shopping !!
ape yg dapat dilihat kat sana adalah.......harga baju2 lebih kurang je dgn harga KL..sebab time cuti sekolah kan..memang standart la penjual2 nak cekik darah..rezeki mereka...
kalau murah pun peralatan masak2 macam periuk kukus ke, toto ke...memang murah la~~

pengunjung2 dalam tu tak payah cakap la...memang ramai gile...parking pun susah gile nak dapat dan dinasihatkan beli la kipas tangan ataupun kalau malas  boleh beli kipas bateri cam gambar Adam kat atas tu....


abis membeli kitorang belah dari Padang Besar tu...(hurm...ini baru dipanggil membeli belah...)
kitorang pun balik tapi berpatah balik sebab nak amik gambar kat tepi ladang tebu ni...
wohhoooo luasnya ~~
inilah salah satu hasil utama Malaysia (pelik kenapa harga gula naik..hurm..)


kereta yang berkonvoi !!

LOKASI : TAMAN ULAR 

semua ular2 kat sini adalah sejenis makhluk yang pemalas....sume pakat tidur je...
yang paling peramah mesra rakyat adalah beruk2...

ular2 yang diawet
tengok boleh la derrr
lipas pun takut eheheheh

IZZATI + ADAM + SYIRA

MAK DARA DAN ANAK DARA 



LOKASI : MENARA PADI 
tempat ni adalah super best..x banyak gambar yang ambik kat sini ..
sebab????
Adam berak !! so kena pegi basuh berak dia dan terus duduk dalam kereta....cari air-cond >.<"
panasnya Kedah ni~~~
toilet terletak kat luar bangunan dan walaupun kena bayar tapi toilet die kotor ~~

yang belakang tu lukisan tau tapi nampak real !!

LOKASI : TAMAN DARUL AMAN 

tempat ni bes la kalau nak jalan2..
tapi kalau tak nak lenguh kaki dan basah di ketiak, sila JANGAN naik benda alah di bawah ni hehehhe

Walid and Tok Chik Adam

HAHAHHA belon yang merunsingkan Opah Adam

LOKASI : ZOO TAIPING 

wohooo penat gile weh jalan dalam ni..
untuk 1st time kena la berjalan kaki...tapi kalau 2nd time datang kene naik train yang jalan2 dalam zoo ni...
dekat 1 jam lebih kot nak abiskan pusing 1 zoo ni kalau jalan kaki ..

harga tiket 


ini je la Ummi beli ntuk diri sendiri selain Toto....
fridge magnet 
ok da setel ~~
Minggu ni Walid nak datang KL lagi dan Ummi and Walid plan nak naik Genting Highland pulak minggu ni hehehhe
bila da duduk jauh dengan suami, masa adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dibazirkan..so carilah apa2 aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa yang ada bersama keluarga ~~

lots of love~~

27 January 2012

Kellie's Castle, Batu Gajah Perak

Dah nak masuk 3 tahun da kawin dengan orang Batu Gajah, tapi sekali pun tak pernah masuk tempat ni..selalu tengok dari luar je sebab dari KL nak ke Batu Gajah memang akan nampak dari luar..

so 19hb Januari 2012 Ummi balik Batu Gajah...cuti 7 hari weeee ~~~ balik dengan Ayah Uda Adam..nanti akan diceritakan nanti mana lokasi2 yang Ummi pergi sepanjang 7 hari tu ye...orang lain yang nyambut raya kitorang lak yang berjalan sakan ehehehe ~~ tapi Ummi tak bershopping sangat pun...sebab even gaji dapat awal dah diabiskan seperti yang tersenarai di list di bawah !!

air cond kereta rosak !!!! damn ~~
macam tau2 je kan gaji da masuk, terus rosak air-cond kereta..sedar2 keluar angin je air cond tu..total harga repair tu RM 515.00 ..sudah direpair sebelum bergerak pulang ke Batu Gajah..sekian terima kasih T_T

back to topic !! so lets pictures talk :)

tangga masuk ke dalam Kellie's Castle

lift yang tak sempat dibina

kat belah bawah yang kaler itam tu kalo ikutkan plan si Kellie ni nak dijadikan
ruang untuk berparti atas bumbung..kalau da  mat salleh tu, mat salleh jugak..

yang macam serombong tu, tu laluan bawah tanah...kira macam
ruang untuk bernafas la..amik udara dari luar..

click untuk baca dengan jelas

inilah laluan yang dikatakan misteri sangat tuh ~~
click untuk baca dengan jelas
pokok ni ada rupe beruang....
kalo ber-wang lagi bes ehehhe
ikutkan sejarahnya, rumah agam ni dibina pada 1910 oleh peladang dari Scotland Wiliiam Kellie Smith untuk isterinya Agnes. Istana ni diinspirasikan oleh bangunan di India..Buruh2 binaan pun diimport dari India..wah~~tapi belum sempat rumah ni siap, si Kellie ni mati pada 1926 kat Portugal..maknanya pembinaan ni amik masa 10 tahun wooo...Istana ni pernah dijadikan lokasi filem Anna and The King tahun 1999 lakonan Chow Yuen Fatt.

Walid cakap buat ape datang situ sebab kat situ bau hancing..tapi Ummi pergi tak de la plak..nak kata sampah pun , ade la sikit2..tapi bes la sbb view nak tgkap gambar cantik2 ehehehe..

ada jugak orang kata tempat ni berhantu...hurm~~~ masa pergi tu xde le meremang pun..nak2 yang ada dalam bangunan ni pun masa tu kami bertiga je ..

Harga tiket RM 4.00 
Waktu melawat x sure la plak..

sampai je kat rumah Opah Adam, muka da berbelang da..sebab memang panas terik kat sini..
tapi xpe..janji da penah pergi :P


mimPi usTaz Harun Din



kata2 itu dari DIA

21 January 2012

Yeay!! Thanks Walid

Kan haritu ada cerita pasal rumah kena masuk rumah tu kan..yg dirembatnya jam kesayangan ku pemberian en.suami..mulia betol hati perompak nih...(Tangan di dada,mata ke atas)..
so dekat sebulan jugak tangan ni kosong..cuma kadang2 je pakai jam Swatch RM 10 hengget yang dibeli atas sebab emergency kes kalau jadi perkara di atas lah!! (Jam hilang)..
semalam jalan2 di Ipoh..dan Walid belikan jam baru!! Yeay !!design yg sama macam jam lama cuma kaler je lain..dulu kaler merah sekarang kaler pink..auwwww..
walid pilih kaler biru tp macam da sama la plak dengan kaler baju kerja..ade jugak pilih design lain,tapi yang ni jugak yg terpaut dihati...

updated !!

kes rumah kena pecah masuk ~~ tengok kat SINI takut wooooo....sampai sekarang still tidur bukak lampu...lagipun Walid Adam sekarang kerja di Ipoh ..T_T

12 January 2012

Elaun COLA naik RM 500 !!! yeay ~~

 PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup ) PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Jan 2012 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disaranka...n kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat.. Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. ... Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :- 

1. Surat Perlantikan Kerja - Original 
2. Surat Pengesahan Kerja- Original 
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas) dan... 80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola ! Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....

niLai bLog huhuhu ~~



Aahahaha lawak betol.. setelah diconvertkan kepada RM adalah RM 3538.94
itu lah nilai blog UmmiJournal..

blog tak ramai pengunjung ??
mak x kisah nok~~~~

sebab Ummi berblogging untuk kepuasan diri sendiri dan nak simpan apa-apa yang berlaku dalam kehidupan ini ( gila skema ayat ) dalam cara macam ni selain cara simpan dalam bentuk tulisan tangan ...

so disebabkan Ummi tengah x de kerja, Ummi pun tolong le kira kan nilai blog2 kepunyaan blogger yang memang selalu Ummi terjah ehehehe...
pada uoollss yang nak tau nilai blog korang boleh lah kira kat sini ye....

blog si kecik molek YUYU ZULAIKHA = RM 333089.07
blog puan AIN SALAM =  RM 3562.47
blog GTO = RM 970389.19
blog REDMUMMY = RM 715680.54
blog KERANA MANISNYA EPAL = RM 3153.43
blog NISA KAY = RM 149478.71
blog CIK NANA = RM 3687.06
blog CIK MAT GEBU = RM 3293.93

ok tu je le....
jom la try tengok value blog korang...
inilah dinamakan tak de kerja cari kerja ~~~



11 January 2012

j0m tengOk toNtoN LaJu2 ~~

Vanilla Coklat

 Vanila Coklat ni pasal Zara, 19I ( Izara Aisyah ) tahun dan Aamir, 20 ( Aiman Hakim Ridza ) tahun yang study kat Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir ni membenci antara satu sama lain dan dua2 da ade pasangan masing2 iaitu si Kamal ( Iqram Dinzly ) dan si gedik Liana ( Nabila Daly ).
 kalau nak tau sinopsis penuh tengok je kat SINI 
Ummi baru je tengok dua episod...sekarang baru nak tengok balik....jom la pergi ke TONTON 
 harini Ummi telah menduakan Mr Broadband ehehhehe...tu la sape suruh lambat sangat..setakat boleh blogwalking dengan bermuka buku je buat ape..orang nak tengok Izara ( cantik la muka minah ni ) so terpaksa la pinjam P1MAX kawan sebab arini ingat nak download banyak cerita2 danjuga tengok movie2 yang terlepas kat tv...

so uoollss di luar sana ade x suggestion, cerita apa yang best?? tengah ada P1MAX ni....hehehhehe salah guna harta benda orang namanya nih !!

10 January 2012

( panorama ) kampUng vS KL


duduk kampung, bile bangun pagi ini lah permandangan yang akan kita lihat...
sejuk je mata memandangkan....

duduk kampung, nak pergi kerja ke nak berjalan ke, tak rasa macam bercinta....zooommm sampai je berdesup ke destinasi yang telah ditetapkan....( hamik ko bunyi berdesupnya )

tapi ....duduk kampung ....boleh GEMUK !!  ...ini kena salahkan mak mertua a.k.a Opah Adam Puan Rosni Bt Dut...kenapalah simpan tempoyak kat dalam peti ais tu?? kan da TERmakan nasi 2 pinggan tanpa segan silunye  hadoyyyy nye pun hadoy !! nasib la cuti dua hari je.. 

hurm.....suasana di KL??
no komen ~~~
kamu boleh google dan lihat suasana warna warni di Kuala Lumpur pada pagi minggu kedua tahun 2012 iaitu pada pagi 09 Januari 2012
permulaan tahun baru 

09 January 2012

Ade akU kiSaH ??

Bila ada yg bertanya kepada aku tentang perkembangan politik Malaysia..haram aku x tahu ahahhaah mungkin anda akan cakap aku ni bila tanya apa pun, hape pun x tau..tapi bagi aku, elok lah tak tahu dari tahu..bila tahu, mula lah perasaan tak puas hati, mengutuk orang tu,menyokong orang ni..perasaan marah membuak2..

Tengok aku yang x sokong mana-mana pihak ni..relax je..hehhe yg aku pikir kan sekarang, cuti aku !! Mintak2 la lulus..kang kalo keluar semboyan cuti beku kang memang melompat aku nih !!

Kadang2 pasal gaji pun sama hehehe..aku bole x tau yg gaji aku da naik sebenarnya tp still x naik2 lagi dlm payslip..maknanya tertunggak la tu..hahahah meh gelak beramai2..punyalah aku tak amik tahu langsung kan..tp......ade aku kisah?? Wtpe nak risau ?? Gaji tu cuma tertunggak..kang sekali dpt, gedebuk ko ternganga haaa...

Hidup ni biar la happy..buat ape nak disaratkan kepala dengan macam2 hal dunia??
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

06 January 2012

hey kamu si cantik manis !!!

hey !! awak si cantik manis....

ye awak la...

ye.....awak yang tengah mengadap blog saya ni ....

jom shopping jom ~~

kat sini 


jika awak follow blog ni dan juga like page LoveKhaalish Garage awak dapat discount 2o% tau ~~~~~ 

serously ~~~

TiSu VS CokE


banner di atas adalah kepunyaan Carrefour

semalam beli barang kat sana ..belikan hadiah hari jadi untuk rakan sekerja yang baru dapat baby..
so total sume barang RM 130...
so pembelian atas dari RM 128 uoollss boleh redeem sama ada 4 kotak Tisu atau 6 tin Coke..

apa yang Ummi boleh nampak kat sini, kotak tisu tu punya la tinggi menggunung...
yang tin Coke pulak staff Carrefour asik stock up je...
so ini bermakna, Rakyat Malaysia ni jika diberi pilihan samada benda berfaedah dengan benda yang memudaratkan tapi sedap, kita akan pilih yang sedap dan memudaratkan....(bukan la semua ye~~~)

tapi si Carrefour ni pun satu....kenapa la x buat Nestle Bliss tu ke, Vitagen ke....ade ke Coke?? 
tapi semalam Ummi amik Coke...ehehehe tapi Ummi x minum yek....bagi kat anak2 Babysitter Adam..Ummi memang xnk simpan air gas ni dlm rumah....bahaya ~~~

* tah pape....cakap orang pandai...diri sendiri pun sama ...

05 January 2012

bLackberak !! eh silap...Blackberry ~~

hehehheehe tengok wallpaper kami ....
Ummi dan Walid di zaman beringus !!
agak2 Adam ikut muka siapa ye ??


Blackberry ni Ummi beli bulan lepas..
Putih untuk Ummi dan Hitam untuk Walid..

memula plan nak beli Bold3 tapi kedai tu cakap Bold3 da tak keluar da..
so Ummi belilah Curve 9360...model paling latest time tu selain Bold4...

ok..pada uoollss yang nak comparekan Curve 9360 dan Bold 3 ni boleh lah tengok kat SINI !!

memang tak rugi pun beli Curve ni...sebab dia lebih kurang je dgn Bold3 tu..
so buat ape keluar duit lebih kan ....
tapi bagi Ummi, sedap la lagi pegang Bold3 kan sebab Bold3 ni dia tebal dan berat sikit..
kalo si Curve ni dia nipis sikit dan ringan macam Ummi...* ehhhhh??? tetiba !!

sebenarnya tak rugi melabur duit beli gadget ni..
tapi biar lah berpada dan ikut keperluan kita...

macam Ummi dengan Walid ni memang sangat2 memerlukan Blackberry nih ..
sebab Ummi di KL dan Walid di Ipoh...TT_TT
so BBM tu amat lah penting ok...
dulu SMS, MMS kene tolak kredit...
sekarang tidak lagi ehehhe
Walid pun memang kena guna sebab senang dia nak email hasil kerja dia dekat boss...

pastu dengan adanya Whatssapp pun bes jugak ..
mana kawan2 kita yang ada application ni boleh lah berkomunikasi dengan percuma hehehehe....

hah !! pada Blogger yang nak update blog tanpa mengadap Laptop/PC pun boleh jugak update pakai Blackberry ni ~~~
boleh tengok cara2 nya di SINI ~~~

ok lah..itu saja setakat hari ini ye.....