12 December 2011

owl OWL owl OWL


semalam saja la jenjalan menyinggah kat internet ni nak tengok update2 blog para blogger Malaysia...

so kebanyakkannya mengupdate entry tentang natang ni..

trend pakai rantai burung hantu

Malaysians ni biasa la...bila satu2 benda tu dijadikan trend semasa, time tu jugak la akan dipertikaikan benda alah yang dijadikan trend tu...

sama juga dalam permakaian shawl ala2 hana tajima & yuna...bila da elok menutup mahkota di kepala tu dikatakan pula pemakaian shawl seperti sister di gereja...huh ?? xpaham aku !!

so berbalik kepada entry2 di blog2 yang berentrykan " Haram Pakai Rantai Burung Hantu "...
aku agak tertarik sebenarnya dengan komen2 yang ada di bawah setiap entry tu...jom tengok !!

freemason level 69 said...
Bab yang pasal ukiran menyerupai benda hidup tu mmg aku setuju. Haram. Tapi pasal freemason tu aku tak berapa setuju. Jangan terlalu paranaoid takut nanti semua benda jadi kat dunia ni kita nak kaitkan dengan freemason. Kita nak jadi kan freemason ni sebagai kambing hitam. Nanti akan ada golongan islam yang akan berfikir buat apa nak belajar tinggi2 ni semua ilmu freemason, zionis dan etc kan dah merugikan orang islam. Back to basic. Percaya kepada ALLAH. Bukan percaya kepada freemason. Percayalah ada kuasa lagi besar dari freemason and the geng. Ada ALLAH. Bukan nak hentam penulisan kau. Tapi cara kau tulis macam dah nak besarkan freemason. Betul wujud ke tidak pun kita tak tahu. Tapi kita pasti ALLAH itu wujud. Patutnya sebab utama tak boleh pakai rantai ni sebab ukiran menyerupai benda hidup, bukan sebab freemason gunung burung hantu dalam ritual sembah dajal
Anonymous said...
typical MALAY minded.
back to basic, it's only a bird.
pegi study balik ea dik.. tak payah nak haruk pikuk sangat pasal freemason ni. yang 5 waktu tu tegakkan dulu.

Anonymous said...
#Meleis dengan paranoia mereka. Its a bird if you want it to be. Its "Freemason" if only YOU want it to be

Eh tolong la, dah boleh hapuskan semua burung hantu dalam negara nih. Kan lambang "Freemason" kau kan? Dah boleh haramkan penggunaan jangka lukis, sbb die berbentuk triangle sama macam "Freemason" kau kan?

KAU DAH BOLEH BUANG BLOG KAU, SEBAB BLOGGER JUGA BUATAN YAHUDI, DAN SEMESTINYA KAU PUN NAK BOIKOT YAHUDI KAN?

Aku suma nak tolong bangsa aku jek.

miszz mona said...
tengs fer information..

islam terapkan nawaitu.. niat..

jd niat hati manusia sape pon taleyh bace right kcuali DIA.. 

teguran perlukan care atau isi yg btol bg mengelak persefahaman..

btw, tengs tok nsihat

TheBentPencil said...
Setahu saya dalam Islam loket berlambangkan haiwan seperti merak, burung hantu, harimau dan ikan (semua agak popular sekarang) tidak boleh dipakai. Setakat itu sajalah. 

Tetapi nak mengaitkannya dengan Freemason nampaknya membuatkan anda kelihatan agak paranoid.

Azlan Ismail said...
ehem. sebelum bebel bebel pasal natang Owl ni, baik korang tutup dulu aurat2 korang kat gambar ni.
kan tak manis. dok sebok2 pasal2 agama, hang punya aurat tu letak mana. kuikuikui

Anonymous said...
ini bukan isu pasal freemason ke..bayarmason ke. Artikel ni nk menyedarkan ORANG ISLAM yg pakai perhiasan menyerupai makhluk ALLAH. Tak kisahlah loket tu bentuk owl ke,kambing ke,cicak ke,tapir ke....kalau dh menyerupai Makhluk citaan Allah tu maknanya HARAM la. Tapi kalau sape2 nk peluk cium yg betul punya (bukan brg perhiasan yg dicipta manusia tu),takde masalah...tak HARAM pun...boleh je belai2 owl tu,nk letak atas kepala pun boleh.
Anonymous said...
Jangan terlalu mudah untuk jatuhkan hukum HARAM terhadap sesuatu benda. jangan main main dengan hukum Allah. ni cuma propaganda Yahudi untuk memberi was was dalam hati kita. sedarkah kita bahawa was was juga merupakan penyakit hati yang berbahaya.

**********************************************

malas la nak cite panjang...

yang penting....bagi aku >> 

ianya HARAM dipakai bukan sebab freemason ke bayarmason ke...tapi HARAM sebab memang udah dibagitahu yang ISLAM melarang segala bentuk perhiasan yang berunsur makhluk bernyawa....


No comments: