29 June 2011

.:: LOVEforever ::.



ye....KAMI memang cute !!!!!
bila kedua2 wajah ini bergabung ....
terhasil lah ini ~~~~

25 June 2011

.:: mAkE oVer ::.

bila datang mood nak berseni memang macam ni..hehhee tengok la dinding rumah ni...buruk gile kan...asalnye kat situ kosong je...pastu ingat nak letak frame biru tu...frame biru tu pulak xde tempat sangkut so letak la double tape yg hitam tu....pastu frame tu asik jatuh je....maleh da nak gantung lagi...double tape tu pulak x boleh nak tanggal...dekat sebulan lebih jugak la keadaan dinding tu camni hehehhe :P
ok gambar dibawah adalah selepas di make over.....hehehe

close up !!!
.:: Home sweet Home ::.

We belong Together
Love forever


inspired : MykyLayna

11 June 2011

.:: sPeciAL rEqUesT ::.


Frame ni special request from Ajam ...nak bagi kat makwe dia...konon nak lain dari lain.....ada jugak bukak Fb awek Ajam si Meera tu..alhamdulillah dia suka ~~~
Ajam request letak gamba Meera time baby tengah pegang botol susu....so terpikir jugak..kan sweet kalo letak gamba Ajam time baby jugak...hahhaha

.:: 2nD tRiaL ::.


weeee bes + penat...
lenguh kot tangan nak gunting alphabet2 tuh......huh berjaya akhirnya.....congrats untuk diri sendiri.....
bes sebenarnya main dengan felt ni...pasni nak try wat benda lain pakai felt ni jugak....actually ni da 2nd trial...1st trial masa bagi hadiah kat Walid time 2nd anniversary Ummi & Walid..

09 June 2011

.:: JoM tEnGoK wAyAng ::.

Ummi memang da lama nak bawa Adam tengok wayang tau..tapi selalu walid akan bagi Ummi satu perasaan serba salah....." camne kalo Adam merengek?" " kalo Adam berak cmne?" " kalo Adam rungsing bunyi bising cmne?" ...Argh!!!!!
kan bagus kalo Malaysia ni wat macam kat Brazil nun....leh bawak baby tengok wayang....tempat pun memang special sangat....ada ruang kecik kat tepi barisan seat tu untuk kanak-kanak main, ada tempat untuk salin pampers...erm~~memang la kita x kan rasa macam tengok wayang kalo environment dia macam ni...tapi maybe itu untuk korang yang belom bkahwin or belun ada anak kot..yang ada anak ni, lantak la bising mana sekali pun tempat tu, janji dapat masuk panggung !!

cool x??

siap leh bawak stroller ok ~~


pastu ada parking stroller ~~
Adam, jom kita gi Brazil !!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

So tadi Ummi pun text Aunty Leah...dia kan kaki wayang eh silap !! kaki tengok wayang....dia cakap dia penah bawak baby 3 bulan tengok Nur Kasih !!
ok Good !!!
balik keje ni Ummi gi beli ticket ok ahahha....Ummi da text Walid..bagitau nak tengok wayang esok...sebab esok tak da Nora Elena...tapi walid kata balik rumah nak bincang....hurm~~macam x nak je~~
Ah !! x kisah...balik kerje ni Ummi singgah MBO Galaxy beli tiket untuk 3 orang...kalau Walid xnak pegi kita ajak la sesape...Makngah ke.....Ayah Lang ke..

08 June 2011

.:: Aku Bukan Pelacur ::.

Artikal di Berita Harian Online bertajuk ' Layan Macam Pelacur'..kalau nak tahu lebih lanjut boleh la baca sendiri..tapi seriously lepas je baca ramai jugak yang bagi komen. Ada yang yang ambil dari sudut positif dan ada yang tengok dari aspek negatif. So bagi aku, tengok tajuk je kita da bengang kan....Aku tak nafikan yang dalam Islam ada mengatakan isteri adalah ladang bagi kamu wahai si suami...Sopan x? so tak payah kot nak samakan isteri maca PELACUR !! Punyalah tinggi darjat isteri di pandangan Islam..Then boleh pulak perempuan ni sarankan wanita2 Malaysia masuk Kelab Isteri Taat....
Hoi !! nak taat untuk suami pun nak kena masuk kelab bagai ke?
Antara statement yang dikeluarkan oleh Dr perempuan ni :-
1.Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat ( Wooohuu~~~ Pelacur kelas Pertama tu......agaknya doktor layan suami doktor macam mana ye? Mungkin kalau masuk Kelab Isteri Taat ni ada kot kelas untuk jadi Pelacur Kelas Pertama,..cara2 untuk menjadi pelacur maybe~~ye la..pelacur mana ada kelas masak2,jaga anak..pelacur ni tau pasal seks je..)
2. Kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu ( Kesalahan tetap kau jatuhkan kepada si isteri ye..ko buat macam si isteri ni alat seks suami je kan..jangan la samakan diri sendiri dengan orang lain wahai DR ~~kalau isteri x pandai layan, suami bimbing..yang nak pergi cari perempuan kat luar nape?)
3. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. ( kompem je ko kan..kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan tu bergantung kepada tahap seks semata ke wei? )
4. Penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. ( Perkhidmatan terbaik? ko ajar kan ke? sekarang da senang la makcik Rohaya..ko upload je la cara2 ko jadi pelacur untuk suami kau kat Youtube...semua boleh tengok...)

So sebelum nak keluarkan apa2 statement tu, kenalah peka dengan persekitaran...............sensitiviti si isteri ko tak pikir ke?ye memang rakyat Malaysia ni agak sensitif..kami paham niat ko tu nak nasihatkan orang..tapi pakai ayat elok2 ckit la DOKTOR~~~PELACUR yang kau bagi...Isteri Solehah macam Siti Khadijah, Fatimah Al Zahara sesuai dijadkan contoh terbaik..KAU ni betul2 jatuhkan martabat seorang isteri....



03 June 2011

.:: dAri oBerseeeeee ::.


Pagi jumaat yang indah ni macam biasa Ummi menjalankan rutin biasa..iaitu check email,FB then blogwalking..so baru je buka blog Ummi ni, ummi terpandang la traffic feed kat sebelah tu...eh?? ada lambang bendera German la....thanks coz sudi lawat blog yang tak seberapa ye....(kalau tak faham bukak kamus german ...) hahaha..
oh...mungkinkah micheal ballack sedang membaca blog ku ini ??

01 June 2011

.:: aPa di dALam tU???? ::.

Ummi join contest lagi .....hehhe..
Contest ni dikelolakan oleh Vintage Instict..

so seperti yang ditengok kat atas ni ha..yg ada dalam handbag Ummi iailah :-
1. Purse
2. Compact Powder with Lipice
3. Perfume
4. Car Key
5. Water Bottle (ini Adam Khaalish punya ) hehehe
6. Nokia X6

Satu barang yang wajib ada ialah MY CAR KEY !! kalau x, patah la kaki xleh nak bergerak ke mana~~~ ehehe

nak tau hadiah dia??

PEMENANG PERTAMA:
LIMITED EDITION BANTAL VINTAGE INSTINCT
PEMENANG KEDUA:
LIMITED EDITION PURSE VINTAGE INSTINCT
PEMENANG KETIGA:
LIMITED EDITION HP POUCH VINTAGE INSTINCT
SAGUHATI:
20PCS LIMITED EDITION KEYCHAIN VINTAGE INSTINCT

cool kan? so apa lagi?? jom la join !!

.:: LoveKhaalish Garage ::.

Entry ni dibuat sebagai menghargai usaha sendiri hehhe....usaha untuk mencuba bidang baru iaitu meniaga secara online...semua ni atas tunjuk ajar Cik Nana dan En.Suami serta rakan2 yang lain...thanks Guys!! Love Korang So Strong !!
Modal untuk 1st nak mewujudkan LoveKhaalish Garage ni tak la besar mana...Modal pertama dikeluarkan oleh Walid Adam..thanks sangat2...So hasilnya agak memberansangkan..seronok jugak sebenarnya meniaga ni..tapi Walid cakap Ummi ni hangat2 taik ayam..Hey !! ape ni taik2?? wahahaha kadang2 kita x de mood nak me
ngonlinekan diri kat Fb...ye la..mana ada orang shopping time
tgh2 bulan...so tgh2 bulan tu agak slow gak la..Tapi dalam slow2 tu Ummi da amik 5 kali stock kat supplier..kira ok la kan..ingat mcm nak wat contest untuk giveaway..hurm~~akan dipikirkan nanti...so silalah menjamu mata dengan stock yang still available di bawah ye~~

kat bawah ni pulak stock yang sudah terjual..thanks uuoollsss coz secara tak langsung u guys support usaha ku untuk menjadi peniaga online berjaya seperti Cik Nana...suatu hari nanti maybe~~sape tau kan.......
xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo