26 May 2011

.:: iSLam dAn HukUm ::.

Assalamualaikum....
Islam itu mudah...tapi bukan untuk dipermudahkan..

Hari ni Ummi baca Metro..terpampang muka depan Metro tu gamba budak 3 tahun yang maut kena baham anjing...binatang ni kalau duk 1 kilometer dari Ummi pun Ummi da menggelabah..tapi kadang2 kalau tengah drive then tengok ada kepala anjing terjulur keluar dari kereta sebelah, eh cam cute la pulak anjing sekor ni..hehehe

Ringkasan berita tu :-
1. Nama mangsa : Mohd Raqib MOhd Rasli
2. Berumur 3 tahun
3. Kejadian di Ranau Sabah
4. Mangsa sebelum itu mesra bermain dengan anjing pelihraan bapa saudara ditemui kaku di dalam longkang dengan badan dipenuhi darah dan kesan gigitan.
5.Mendapat 50 jahitan
6. Maut selepas 16 jam mendapat rawatan di ICU.

So lepas je Ummi baca berita kat paper tu Ummi pun post kan kat Wall di FB
Aunty Ajie Adam pun komen kat post tu...
" x slh kan Islam bela anjing?Cuma kene rajin samak la"

ye ke?? Tak salah ke? Jom kite google...so hasil carian Ummi kat sumber ni..
ianya mengatakan :-

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.





No comments: